web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


#DudukRumah Sambut Merdeka Dengan 7 Acara Libur Secara Maya

#SokongTempatan Dengan hanya RM1, sertai tujuh acara dalam talian oleh tujuh hos profesional anjuran Airbnb Malaysia.

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2021 2:43PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hari Merdeka ini tidak tahu buat apa? Mahu keluar menyambut Merdeka tetapi khuatir akan keselamatan diri dan keluarga? Tak perlu keluar rumah! 

Sempena sambutan Hari Merdeka ke-64, Airbnb Malaysia melancarkan program khas ‘Pengalaman Merdeka Dalam Talian’ dengan yuran penyertaan hanya RM1! 

Pengalaman maya ini akan diacarakan secara eksklusif oleh tujuh hos tempatan meliputi pertunjukan silap mata, bengkel seni, motivasi dan percutian maya pada 31 Ogos 2021.

Acara-acara ini memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk meraikan Hari Merdeka secara maya dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang masih lagi berlangsung. 

 

Cuti-Cuti Malaysia di rumah sahaja!

Kenali pelbagai warisan budaya dan sejarah Malaysia bersama pakar-pakar berkaitan. Sertai program permainan bertemakan sejarah dengan insan tersayang. 

Menjelajahi Kuala Lumpur lama dengan pemandu pelancong yang berpengalaman. Anda boleh mempelajari sedikit sebanyak tentang sejarah ibu kota kita yang tiada di dalam buku teks. 

Bagi menikmati detik kembara bersama seisi keluarga, bawalah anak-anak anda mendaki gunung secara maya! Cuba mencari jalan keluar dari hutan rimba yang mendebarkan! 

Klik pautan di bawah untuk menyertai:

 

Sedia terpesona dengan pertunjukan silap mata

Saksikan detik-detik penuh keajaiban di pentas maya! Sedia untuk terpesona dengan pertunjukan silap mata yang luar biasa oleh Andrew Lee dan Acker?

Andrew ahli silap mata yang pernah muncul di pentas akhir Britain’s Got Talent dan Asia’s Got Talent, manakala nama Acker diabadikan dalam Malaysia Book of Records dengan pertunjukan silap mata di bawah air yang pertama di Malaysia!

Klik pautan di bawah untuk menyertai:

 

Persiapi diri dengan seni kreatif dan motivasi

Tercari-cari pengubat jiwa dan pengisian kreatif sepanjang PPN yang tidak berkesudahan ini? Kini anda berpeluang mempelajari dan menghasilkan karya batik anda sendiri.

Jika masih merindui sukan, sertai kelas motivasi oleh mantan Atlet Berbasikal Kebangsaan yang pernah layak ke arena Olimpik sebanyak tiga kali berturut-turut, Josiah Ng.

Josiah akan berkongsi tip memupuk semangat dan mentaliti yang berdisiplin tinggi bagi menghadapi segala kemungkinan di saat pandemik ini. 

Klik pautan di bawah untuk menyertai:

Layari Airbnb Malaysia untuk maklumat lanjut. - Getaran, 26 Ogos 2021

Semua gambar: Airbnb Malaysia

Berita Berkaitan

1

Kolum 4 minggu yang lalu

Selamat Hari Merdeka, Malaysia! 

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

oleh Rahayu MN