web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


2 Pejabat Hibrid Anda Perlu Cuba Di KL!

Spaces Exchange 106 dan Regus Bukit Bintang City Centre kini dibuka di Malaysia.

Jelajah Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2021 2:42PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dewasa ini para pekerja boleh membuat pilihan sama ada mahu bekerja dari rumah atau bekerja di pejabat fizikal. Mengikuti perkembangan trend semasa, ada juga yang mengambil keputusan untuk bekerja di ruang ‘pejabat santai’ atau lebih dikenali sebagai pejabat hibrid.

Menurut kajian yang dijalankan oleh IWG, 77% pekerja di Malaysia menyatakan mereka lebih mengutamakan ruang kerja atau pejabat yang lebih dekat dengan rumah. Ia bertujuan untuk rancangan pekerjaan mereka yang seterusnya. 

Keinginan para pekerja ini untuk mempunyai ruang profesional mereka sendiri telah mencetuskan kewujudan pejabat hibrid yang lebih selesa. Paling penting, berdekatan dengan rumah mereka. 

Ditambah pula dengan situasi pandemik yang sedang melanda dunia, syarikat-syarikat swasta kini semakin menghargai manfaat pejabat hibrid. Ia dapat menjimatkan masa ulang-alik ke pejabat secara signifikan serta menambah baik keseimbangan antara kerja dan kehidupan. 

Model kerja hibrid menjadi trend gaya hidup urban

Sejak bermulanya pandemik ini, model kerja hibrid telah diguna pakai oleh jutaan pekerja di seluruh dunia. Peralihan minat untuk bekerja di pejabat hibrid membolehkan syarikat mengecilkan jumlah premis sewaan mereka, mengurangkan kos serta memberi fleksibiliti. 

Pejabat hibrid mempunyai banyak kelebihan, terutamanya bagi mereka yang bekerja sendiri. Ia bukan sahaja dapat meningkatkan keseimbangan antara kerja dan kehidupan, malah ia boleh meningkatkan produktiviti. 

Kajian yang dijalankan oleh IWG menunjukkan 89% responden setuju model kerja hibrid membolehkan perniagaan dan pekerjaan mereka menjadi lebih produktif. Penjimatan masa ke tempat kerja juga membantu mengurangkan pelepasan karbon kenderaan ke alam sekitar.

Space Exchange 106 Dan Regus Bukit Bintang City Centre 

Setelah membaca kelebihan-kelebihan pejabat hibrid di atas, kami sarankan untuk anda mencuba Space Exchange 106 dan Regus Bukit Bintang City Centre.

Space Exchange 106 terletak di tingkat 23, The Exchange 106. Antara pejabat hibrid tertinggi di dunia, ia menawarkan 3,559 meter persegi ruang kerja moden yang mewujudkan suasana serba mewah. Menariknya, sedia terpesona dengan pemandangan 360 darjah panorama Kuala Lumpur.

Menempatkan 124 pejabat peribadi dan tiga bilik mesyuarat utama, Space Exchange 106 dilengkapi WiFi berkelajuan tinggi untuk kelancaran bekerja dan perniagaan anda.

Sementara itu, Regus Bukit Bintang City Centre pula terletak berhampiran dengan salah satu persimpangan tersibuk di Kuala Lumpur. Berdekatan Stesen Monorel Hang Tuah, pejabat hibrid ini memiliki ruang pejabat peribadi, bilik mesyuarat dan ruang serbaguna terbuka.

Bakal dilancarkan secara rasmi pada Februari 2022, Regus Bukit Bintang City Centre terletak di lokasi yang amat strategik, berhampiran dengan pusat beli-belah, taman riadah, restoran, pawagam dan dewan konsert.

Istimewanya, mereka yang menyertai dan mendaftar pejabat hibrid Regus di Kuala Lumpur ini turut diberi akses percuma untuk lebih 3,300 lokasi pejabat hibrid di 1,100 bandar raya di seluruh dunia, kelolaan IWG. 

Layari Space Exchange 106 dan Regus Bukit Bintang City Centre untuk maklumat lanjut. - Getaran, 9 Disember 2021

Gambar: IWG

Berita Berkaitan

1

Selebriti 5 bulan yang lalu

Chef Wan Kecewa, Mohon Jangan Fitnah

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Runtuhan Gudang : 3 Pekerja Maut, 2 Parah, 4 Tertimbus - Polis

3

Semasa 7 bulan yang lalu

4 Pekerja Myanmar Dikhuatiri Tertimbus Dalam Runtuhan Bangunan Di Pulau Perhentian

4

Politik 10 bulan yang lalu

PRN: MTUC Cadang Cuti Khas Sabtu Ini

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

Raikan Muharam Dengan Cara Terbaik

oleh Andi Mohamad Zulkhairi Muhamad

Refleksi 1 hari yang lalu

5 Tip Membeli Barang Dapur

Apakah persediaan wajar dilaksanakan semasa membeli barang dapur supaya anda berpuas hati dan mengikut bajet yang dirancang? Di sini kami senaraikan lima tip ya...

oleh Wartawan Gaya Hidup

Gaya 7 jam yang lalu

Tempat Paling ‘Cool’ Untuk Bekerja Secara Jarak Jauh

Bagi yang tinggal di Kuala Lumpur dan Selangor, jom intai lokasi berikut untuk pengalaman bekerja yang menyeronokan dan lain daripada yang lain.

oleh Rahayu MN