web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PRN: MTUC Cadang Cuti Khas Sabtu Ini

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 08 Aug 2023 7:28PM

Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya memayungkan anggota tentera darat susulan hujan lebat ketika menunaikan tanggungjawab melaksanakan undi awal pada Pilihan Raya Negeri di Kem Sungai Buloh, hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mencadangkan Sabtu ini iaitu hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri dijadikan sebagai cuti khas untuk memberi peluang kepada pekerja keluar mengundi.

Setiausaha Agung MTUC, Kamarul Baharin Mansor berkata kerajaan disaran meneliti permintaan itu bagi memberi keselesaan kepada pekerja yang pulang ke kampung halaman untuk menjalankan tanggungjawab kepada negara.

Beliau berkata MTUC menerima rungutan daripada pekerja bahawa terdapat majikan mengeluarkan pekeliling membenarkan pekerja keluar mengundi dalam tempoh dua jam dan akan dikenakan tindakan jika melebihi masa dibenarkan sekali gus menimbulkan kerisauan serta menjejaskan kehadiran pekerja untuk mengundi.

“Bagi menjayakan proses demokrasi yang telah ditentukan, majikan seharusnya memberi kebenaran tanpa syarat. Kerajaan perlu campur tangan dengan memberi cuti khas kepada pekerja bagi membolehkan pekerja memilih wakil rakyat tanpa takut diambil tindakan disiplin.

“MTUC bimbang dengan peratusan keluar mengundi akan terjejas dan berkurangan sekiranya ada halangan bagi pekerja keluar mengundi. Keterlibatan pekerja dalam pengundian akan mencorak masa depan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, MTUC berharap pekerja menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi dan tidak tergesa-gesa bagi mengelakkan kemalangan semasa pergi dan balik daripada tempat kerja ke tempat pengundian.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRN di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan pada 12 Ogos ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Selebriti 8 bulan yang lalu

Chef Wan Kecewa, Mohon Jangan Fitnah

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Runtuhan Gudang : 3 Pekerja Maut, 2 Parah, 4 Tertimbus - Polis

3

Semasa 10 bulan yang lalu

4 Pekerja Myanmar Dikhuatiri Tertimbus Dalam Runtuhan Bangunan Di Pulau Perhentian

4

Politik 1 tahun yang lalu

Petisyen Pilihan Raya 4 Kerusi Dikemukakan Dalam Masa Terdekat - MB Selangor

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia