web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


5 Masjid Di Sekitar Kuala Lumpur Anjur Sambutan Sempena Maulidur Rasul 

Penulis kongsikan lima masjid di Kuala Lumpur yang anda boleh kunjungi bagi menyambut Maulidur Rasul 2023

Jelajah Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2023 5:01PM

Sambutan Maulidur Rasul tahun ini di Masjid Putra di Putrajaya dimulakan malam ini dengan ceramah bertajuk Rasulullah ‘ikon’ penyatuan ummah. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Alhamdulillah, esok 28 September 2023, kita sebagai umat Islam masih diberi peluang untuk menyambut Maulidur Rasul bagi tahun 1445 H. 

Hari bersejarah buat Nabi Muhammad SAW itu disambut umat Islam bagi memperingati hari kelahiran Rasulullah SAW.

Justeru setiap tahun, pelbagai aktiviti diadakan sempena meraikan hari bersejarah ini. 

Penulis kongsikan lima masjid di Kuala Lumpur yang anda boleh kunjungi untuk menyambut Maulidur Rasul 2023 sepanjang beberapa hari ini.

Karnival Maulidur Rasul 1445H, Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar. 

Program yang diadakan pada 1 Oktober ini bermula pada jam 6.30 pagi sehingga 9 malam.

Ia dimulakan dengan kuliah subuh pada jam 6.30 pagi, disusuli perarakan (7.30 pagi); Pertandingan Bercerita Sirah Nabi Muhammad SAW (10.00 pagi); Pertandingan Bowling Kelapa Individu (10.00 pagi); Pertandingan Gubahan Sejadah (10.00 pagi); Pertandingan memanah  (2.30 petang) dan Kuliah Khas Berkitab Maulidurrasul (7.45 malam).

Program Sambutan Maulidur Rasul Bandar Kinrara, Masjid Al Ehsan (MAE).

Sambutan yang diadakan esok bermula seawal jam 4 pagi hingga jam 9 malam.

Pengunjung yang mengimarahkan masjid berkenaan boleh mengikuti qiamulail bersama Imam MAE (4.30 pagi), diikuti kuliah subuh bersama PU Azihal (6.00 pagi); persembahan kumpulan marhaban (7.15 malam) dan diakhiri dengan tausiyah maulid dari Ustaz Darwis Muhyiddin (7.15 malam).

Ceramah Perdana Maulidulrrasul 1445H Di Dewan Solat Utama Masjid Putra, Putrajaya

Sambutan Maulidur Rasul tahun ini di Masjid Putra di Putrajaya dimulakan malam ini dengan ceramah bertajuk Rasulullah ‘ikon’ penyatuan ummah.

Ceramah selepas waktu Maghrib itu akan disampaikan Professor Madya Dr. Mohd Sukki Othman, pensyarah Universiti Putra Malaysia.

Sambutan Maulidur Rasul Masjid Jamek FRIM.

Turut mengadakan sambutan Maulidur Rasul adalah Masjid Jamek FRIM iaitu pada 13 Oktober ini, bermula jam 7.30 pagi.

Pengurusan masjid mengadakan ceramah, kuiz untuk kanak-kanak dan dewasa serta persembahan.

Mini Karnival Maulidur Rasul, Masjid Saad Bin Abi Waqqas

Akhir sekali umat Islam boleh juga berkunjung di Masjid Saad Bin Abi Waqqas yang menganjurkan Mini Karnival Maulidur Rasul pada 1 Oktober nanti.

Bermula pada jam 7 pagi hingga 12 tengah hari, pengurusan masjid merancang pertandingan gubahan bunga, gubahan tanjak dan pertandingan azan serta hafazan.

Maklumat lanjut klik pautan ini. - Getaran, 27 September 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Refleksi 1 bulan yang lalu

Hari Terbuka Masjid Tonjol Keistimewaan Dan Keunikan Tradisi Masjid Di Malaysia

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Hebat Awak Dik!

4

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Daud Kim Tunai Janji Bina Masjid Di Korea

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia