web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


5 Tempat 'Healing' Menarik, Pilih Ikut Bajet Anda

Daripada menghabiskan ratusan ringgit di pusat membeli belah, lebih baik bawa diri ke destinasi yang mampu menjanjikan sebuah ketenangan fikiran

Jelajah Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2024 1:28PM

'Milky Way' di Kota Belud, Sabah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Percutian healing mula popular ketika dunia dilanda pandemik COVID-19. Perasaan terpenjara di rumah sendiri membuatkan ramai yang ingin lari daripada rutin harian yang menyesakkan.  

Salah satu gaya percutian healing yang menjadi pilihan ramai ialah, mendekatkan diri dengan alam semulajadi. Boleh legakan stres, rehatkan diri dan lupakan masalah buat seketika. Paling penting, hati bisa terubat, fikiran lebih jelas.  

Daripada menghabiskan ratusan ringgit di pusat membeli belah, lebih baik bawa diri ke destinasi yang mampu menjanjikan sebuah ketenangan fikiran. Jom semak lima tempat healing yang boleh anda jadikan pilihan di masa hadapan.

1. Taman Alam Kuala Selangor

Foto: https://www.kuala-selangor.com/

Rehatkan minda dengan menikmati permandangan hijau. Tahukah anda apabila kita memeluk pokok, ia  mampu mengembalikan ion positif dalam membentuk aura rezeki? Cubalah.

Taman Alam  Kuala Selangor ialah syurga untuk pelbagai jenis flora dan fauna yang merangkumi lebih 290 hektar tanah pantai, di mana sebahagian besarnya adalah paya bakau. Kawasan ini juga mempunyai lebih daripada 150 spesies burung, menjadikan ia sesuai untuk aktiviti mengintai burung. 

Bayaran masuk ke sini hanya RM4 untuk dewasa, RM1 untuk pelajar 17 tahun, RM2 untuk warga emas dan untuk kanak-kanak di bawah umur 7 tahun, tiada bayaran yang dikenakan. 

2. Air Terjun Chiling, Kuala Kubu Bharu

Foto : IG @glimpseofmalaysia

Secara saintifik, keindahan air terjun adalah manifestasi keajaiban semulajadi yang membuatkan perasaan kita bahagia. Bagi yang mahukan menikmati air terjun tanpa perlu mendaki, ayuh panjangkan langkah ke Air Terjun Chiling. 

Pakai sandal kalis air yang mempunyai grip tapak sudah memadai. Pengalaman merentasi sungai bakal menggamit kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan. Manakala menyaksikan ikan-ikan tengas berebut makanan ketika anda memberi mereka makan, mampu memberikan terapi minda untuk kembali ke pejabat dengan keadaan ‘fresh & recharge’.  Pelawat perlu membayar RM5 untuk bayaran masuk.

3. Turtle District Campsite (TDC by SirLi), Pulau Tioman

Foto : IG @tdc_tioman

Aktiviti berkhemah di pulau juga menyeronokkan. Tarikan terbaru di Pulau Tioman ini sempurna untuk si kaki camping. Tarikan atau keunikan TDC by SirLi ialah tapak perkhemahan ini terletak berhampiran sungai dan laut.

Hidden gems yang semakin menjadi buah mulut ini dikatakan terpaksa menolak beberapa tempahan untuk menjaga keamanan dan privasi habitat penyu bertelur.  Sewa tapak perkhemahan bermula dari RM20 semalam. 

Jika enggan membawa khemah sendiri, TDC by SirLi turut menyewakan khemah dan harganya bermula daripada RM60 seorang untuk semalam. Kos menaiki feri ke pulau pulau sekitar RM120 seorang untuk perjalanan dua hala.  Boleh buat tempahan di www.backtonature.asia 

4. Mini Amazon Malaysia, Kampung Beng Lenggong Perak

Foto : IG @kuchai_limbo

Jangan tak tahu yang Malaysia juga mempunyai ‘Sungai Amazon’ yang menjanjikan pengalaman menakjubkan. Terletak di Kampung Beng, Lenggong, Perak, kawasan ini pernah menjadi lokasi penggambaran filem Anna and The King.

Kampung Beng terletak lebih kurang 23 kilometer dari Pekan Lenggong dan ia merupakan sebuah kampung traditional yang kedudukannya di pinggir Tasik Cenderoh dan Hutan Simpan Piah serta berada di pertengahan Banjaran Titiwangsa. Dek kerana itu, cuaca di sini agak nyaman dan dingin di sebelah malam.

Tarikan ini sangat disarankan untuk pencinta alam dan kaki pancing. Suasana nyaman dengan keindahan alam semulajadi yang memukau, serta keheningannya membuatkan  setiap jiwa yang hadir jatuh cinta, tidak mustahil berat hati untuk pulang ke hutan batu. Ini adalah tempat untuk mencari ketenangan jiwa. 

Boleh intai video TikTok daripada pengembara ini untuk mendapat gambaran sebenar lokasi percutian bertemakan alam semulajadi ini. 

@heartpatrick Welcome to the Mini Amazon at Kampung Beng 🪷🚤🪷 #tiktokmalaysia #tiktokperak #lenggong #miniamazonmalaysia ♬ original sound - heartpatrick

Untuk bermalam, anda boleh menginap di Homestay Kampung Beng dengan menghubungi talian 013 4858665

5. Tegudon Tourism Village, Kota Belud Sabah

Foto : Sabah Tourism Board

Jika langit yang penuh dengan lukisan Sang Pencipta mampu membuatkan anda tenang dan hilang segala kekusutan di minda, terokailah Kota Belud, Sabah. 

Berlatar belakangkan Akinabalu, anda boleh menikmati milky way yang indah serta mengasyikkan. Populariti tempat ini tidak kurang hebatnya sehingga ia juga menjadi pilihan ramai untuk sesi bergambar bersama keluarga, teman-teman, mahupun mengambil gambar untuk album pra-perkahwinan.

Malah, ramai juga yang sanggup menginap berhari-hari hanya untuk menikmati keindahan ciptaanNya. Bayaran masuk untuk lawatan harian dikenalkan sebanyak RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak. 

Tapak perkhemahan pula dikenakan bayaran RM10 untuk semalam, sewa pondok (open hut), RM20 semalam,  dan sewa pondok XL, RM50 semalaman. Boleh buat tempahan di www.backtonature.asia 

Selain itu, anda juga boleh berkunjung ke Sungai Nanamun, Kota Belud untuk menyaksikan kelip-kelip. Tebing sungai yang bercahaya ini juga amat kaya dengan spesis flora dan fauna lain seperti monyet, monyet belanda, dan unggas. - Getaran, 8 Jun 2024

Feature image : Unsplash

Berita Berkaitan

1

Jelajah 17 jam yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

2

Jelajah 1 bulan yang lalu

3 Tarikan Baharu Berasaskan Marin Di Australia Barat

3

Jelajah 1 bulan yang lalu

6 Sebab Arab Saudi Adalah Destinasi Percutian Mewah Dan Riadah Hebat Untuk Wanita 

4

Jelajah 2 bulan yang lalu

Keseronokan Berterusan Di Taman Tema Air LEGOLAND® Malaysia Resort! 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Jelajah 17 jam yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

oleh Rahayu MN

Refleksi 1 hari yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

Seramai 47 peratus rakyat Malaysia melaporkan keadaan kewangan yang bertambah baik secara tahunan, dengan wanita menunjukkan kemajuan dalam metrik utama

oleh Rahayu MN