web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Rapid KL Perkenal Pas MyCity 2 Hari

Jelajah Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2024 8:46PM

Gambar Rapid KL

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) melalui Rapid KL menawarkan pakej tambahan iaitu MyCity Dua Hari yang merupakan pas perjalanan harian tanpa had di semua laluan rel dan bas Rapid KL.

Prasarana dalam kenyataan hari ini memaklumkan pakej itu adalah sebahagian daripada komitmen syarikat berkendan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna dengan memperkenal tawaran terbaharu yang menarik.

"Pas MyCity Dua Hari kini boleh didapati di semua kaunter khidmat pelanggan stesen Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), Monorel, Transit Aliran Bas (BRT) atau di hab bas terpilih dan secara dalam talian menerusi aplikasi MyRapid PULSE bermula 12 Julai ini," katanya.

la dijual pada harga RM11 untuk rakyat Malaysia dan RM18 untuk warga asing manakala Pas MyCity sedia ada selama satu hari dan tiga hari masing-masing berharga RM6 dan RM15 untuk rakyat Malaysia dan RM10 dan RM25 untuk warga asing.

Rapid KL turut melancarkan kempen 'Beli 1 Percuma 1' untuk MyCity bagi pas dua hari dan tiga hari, yang sah untuk pembelian melalui aplikasi MyRapid PULSE.

Kempen di aplikasi MyRapid PULSE itu yang bermula semalam, berlangsung selama sembilan hari hingga 20 Julai ini dan terhad kepada 200 penyertaan terawal.

Ia akan dihantar melalui e-mel berdaftar kepada pengguna terpilih.

"Tarikh penebusan bermula dari 21 Julai hingga 31 Julai ini. Penebusan pas percuma hanya boleh dilakukan di Stesen KL Sentral (Sayap Timur) untuk tempoh sama dari 6.30 pagi hingga 2.30 petang dan 3.30 petang hingga 10.30 malam.

"Setelah pembelian dilakukan, pengguna harus mengimbas kod QR yang tersedia dan mengisi butiran yang diperlukan," menurut kenyataan itu.

Rapid KL turut berkolaborasi dengan Incompleteness Theorem Sdn Bhd melalui jenama WORQ, sebuah ruang kerja bersama, untuk memberikan akses percuma selama sehari kepada pemegang Pas MyCity.

Kolaborasi ini yang berlangsung selama tiga bulan dari 15 Julai hingga 14 Oktober melibatkan cawangan WORQ di Taman Tun Dr Ismail, Subang, Bangsar Selatan, KL Sentral, Bangsar, Sunway Putra dan Intermark.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang rasmi Rapid KL, platform media sosial Rapid KL di X, Facebook, Instagram dan TikTok atau hubungi khidmat pelanggan Rapid KL di talian 03-7885 2585. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 bulan yang lalu

3 Tarikan Baharu Berasaskan Marin Di Australia Barat

2

Jelajah 1 bulan yang lalu

6 Sebab Arab Saudi Adalah Destinasi Percutian Mewah Dan Riadah Hebat Untuk Wanita 

3

Jelajah 2 bulan yang lalu

Keseronokan Berterusan Di Taman Tema Air LEGOLAND® Malaysia Resort! 

4

Jelajah 2 bulan yang lalu

5 Penginapan Airbnb Memikat Di Sabah Dan Sarawak

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara