web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


10 Tip Sebelum Melancong Bersama Keluarga

Pastikan keselamatan diri, anak-anak dan keluarga sebelum anda memulakan percutian.

Jelajah Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2021 8:46AM

Gambar: Asad Photo Maldives

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Umum mengetahui sektor pelancongan antara yang terjejas teruk akibat COVID-19. Namun, bercuti atau berlibur semasa zaman wabak ini bukanlah satu misi yang mustahil.

Walaupun terbatas dalam negeri masing-masing, kerajaan telah mengumumkan kebenaran gelembung pelancongan di negeri-negeri yang berada di bawah Fasa Dua dan seterusnya menerusi Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Realitinya, virus COVID-19 ini mungkin tidak akan 'lenyap' dalam masa terdekat. Selain Malaysia, banyak negara lain turut menyedari hakikat  ini dan mula memberi kelonggaran sedikit demi sedikit terhadap sektor pelancongan. 

Sudah tentu, ini bukanlah tahun yang ideal untuk pelancongan atau percutian, tetapi ia bukan bermaksud mereka yang berkeluarga tidak dapat menikmati sesi berlibur dan percutian hujung tahun (rakyat Malaysia di mana-mana negeri PPN Fasa Dua) nanti.

Mungkin juga anda sekeluarga dan anak-anak kecil boleh melancong merentasi negeri mahupun sempadan antarabangsa suatu hari nanti. Sama-samalah kita berdoa ke hadrat Ilahi supaya mengangkat bencana COVID-19 dari muka bumi. 

Berikut 10 pesanan daripada Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) yang wajar diberi pertimbangan dan perhatian sebelum anda melancong bersama keluarga:

#1 Periksa terlebih dahulu

Sebelum membuat sebarang rancangan, periksa terlebih dahulu keadaan dan situasi semasa. Misalnya, jumlah kes COVID di negeri masing-masing. Apakah kemungkinan ada sekatan oleh pihak berkuasa? Adakah perlu menjalani sesi kuarantin terlebih dahulu? 

 

#2 Maklumat yang jelas

Dapatkan maklumat terkini lokasi yang ingin dikunjungi. Ini kerana, tidak semua lokasi atau premis pelancongan dibuka. Anda boleh mendapatkan maklumat itu menerusi berita tempatan, laman sesawang atau media sosial utama seperti Facebook dan Instagram.

 

#3 Periksa hotel 

Sebelum membuat tempahan, periksa hotel terlebih dahulu. Apakah hotel itu sudah mengambil semua langkah-langkah pencegahan dan pematuhan SOP bagi memastikan keselamatan anda terjaga? Tiada maknanya pergi ke lokasi yang anda sekeluarga berasa tidak selamat dan selesa. 

 

#4 Elak kawasan sesak 

Elakkan kawasan pelancongan yang sesak. Bersesak-sesak dengan pengunjung lain boleh mendedahkan anda sekeluarga dengan risiko jangkitan. Kalau boleh, melanconglah ke kawasan terbuka yang lapang. Bersantai di pantai atau sesi perkhemahan pasti menyeronokkan! 

 

#5 Lap! Lap! Lap! 

Walaupun tempat anda menginap itu nanti kelihatan bersih dan terjaga, bersihkan sekali lagi dengan cecair sanitasi sebagai langkah berjaga-jaga. Lap semua permukaan dan tombol pintu. Perkara yang sama perlu diambil sekiranya anda menyewa kereta.

#6 Keselamatan anak-anak

Pakai pelitup muka sepanjang masa. Perhatikan tindak-tanduk anak-anak anda. Khususnya, semasa mereka bermain. Mereka mungkin memegang permukaan atau berada di tengah-tengah orang ramai tanpa anda sedar. Pastikan cecair sanitasi sentiasa ada di poket anda dan mereka. 

 

#7 Waspada kesihatan 

Sekiranya anda atau ahli keluarga berasa tidak sihat atau demam, segeralah ke hospital berdekatan atau terus pulang. Tiada siapa yang bebas ancaman jangkitan walaupun sudah mendapat dua dos vaksin. Jangan pergi bercuti jika anda tidak sihat atau tergolong dalam kategori kontak rapat.

 

#8 Dapatkan insurans 

Sebagai langkah berjaga-jaga, dapatkan insurans perjalanan sebelum bercuti. Sekiranya berlaku perkara tidak diingini, nasib anda sekeluarga lebih terjamin. Anda juga boleh menghindari hospital yang sesak dengan adanya jaminan insurans. 

 

#9 Siap siaga kemungkinan

Oleh kerana situasi sekarang boleh berubah secara drastik pada bila-bila masa, bawalah segala keperluan pencegahan dan keselamatan seperti pelitup muka, cecair sanitasi dan ubat-ubatan.

 

#10 Kuarantin kendiri

Jadilah rakyat yang bertanggungjawab. Kuarantin kendiri selepas balik dari percutian. Walaupun tidak wajib, lakukan kuarantin kendiri demi insan tersayang dan masyarakat sekitar supaya tidak berlaku jangkitan yang tidak diingini pada masa hadapan.

Layari UNICEF Malaysia untuk maklumat lanjut. - Getaran, 19 Ogos 2021

Semua gambar: Pexels

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 bulan yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

2

Semasa 6 bulan yang lalu

JWP Gerakkan Usaha Promosi Produk Pelancongan Domestik - Dr Zaliha

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Acara Pelancongan Negeri Sembilan Perlu Beri Impak Maksimum - Aminuddin

4

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Hotel Dengan Pemandangan Hebat, 4 Bangunan Ikonik Boleh Dilihat Dari Sini

oleh Rahayu MN