Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


'Food Stylist' Kerjaya Yang Perlukan Minat Dan Kreativiti

Apa sebenarnya tugas seorang 'food stylist'? Minggu ini, Getaran menemu bual 'food stylist' Sharm Mdzin untuk bercerita tentang kerjayanya yang unik dan menarik.

Karier Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2022 7:52PM

Sharm Mdzin dan salah satu 'karya'nya - Gambar ihsan Sharm Mdzin

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kerjaya yang satu ini mungkin kurang popular dan tidak mustahil jika ada yang tidak tahu tentang kewujudannya. 

Kalau bercakap tentang penata gaya, ramai yang maklum ia berkaitan dengan penggayaan fesyen. 

Namun, food stylist atau bahasa Malaysianya, penata makanan membuatkan ramai yang tertanya-tanya apa sebenarnya tugas mereka.

Kali ini Getaran menemu bual penata makanan, Sharm Mdzin atau nama sebenarnya Ishammuddin Md Zin untuk bercerita lanjut tentang karier yang diceburinya sejak lebih lima tahun lalu. 

Penata makanan, Sharm Mdzin
Penata makanan, Sharm Mdzin

Menurut Sharm yang berkelulusan Diploma Komunikasi Massa serta berpengalaman dalam bidang pengiklanan dan penerbitan majalah, dia mengambil keputusan untuk bergelar penata makanan kerana minat yang mendalam, selain tahu kerjaya ini jarang diceburi ramai. 

Sharm pernah bekerja dengan nama-nama besar dalam industri seperti Marigold, Adabi, Chef Wan, Nestle, Australian Meat Board Association dan rangkaian restoran Shellout.

Jom ikuti temu bual berikut untuk mendapatkan gambaran jelas tentang kerjaya yang semakin mendapat tempat dalam kalangan penggiat industri makanan ini. 

Mengapa anda memilih untuk bergelar penata makanan berbanding pekerjaan lain? 

Saya memilih untuk bergelar penata makanan secara profesional kerana saya melihat pekerjaan ini sangat rare dan di Malaysia tidak ramai yang menceburinya. Berbanding di luar negara terutamanya di negara-negara Eropah, kerjaya ini mendapat sambutan yang sangat baik.

Saya berpendapat, kerjaya sebagai penata makanan ini punya potensi sangat besar, peluang pun terbuka luas. Ini kerana industri makanan berkembang pesat dan memerlukan seseorang untuk membantu proses penjenamaan produk makanan. 

Jika mengimbas awal pembabitan saya, ketika itu memang susah hendak mendapatkan khidmat food stylist dan saya berfikir inilah peluang yang harus saya rebut. 

Tapi bukan satu langkah mudah sebenarnya sebab tidak ada ‘sekolah’ yang mengajar kemahiran ini.

Saya banyak membuat rujukan sendiri dengan mengikuti beberapa nama besar dalam dunia kulinari, sama ada di Instagram dan YouTube. Antara cef yang saya jadikan idola ialah Donna Hay, Martha Steward dan Jamie Oliver.

Selain itu, saya juga timba ilmu bersama beberapa jurugambar Cina berpengalaman untuk hasilkan visual atau video makanan yang cantik dan menarik.

Boleh jelaskan apa tugas hakiki seorang penata makanan?

Peranannya adalah untuk menata makanan di atas pinggan dengan cara yang betul agar makanan itu nampak lebih enak dan memikat selera. 

Selain itu perlu memastikan gambar yang dihasilkan mampu mencetuskan keinginan atau emosi kepada sesiapa yang melihat visual makanan atau resipi terbabit. Tak kisahlah di platform apa pun visual itu dipaparkan. 

Selain itu, food stylist juga perlu bijak memilih props atau peralatan yang boleh membantu ‘menyerlahkan’ produk makanan itu. Ini bertujuan untuk mencapai objektif visual yang diidamkan.

Kalau dalam industri makanan, gambar dan visual yang baik sangat diperlukan untuk mempromosikan produk setiap jenama atau restoran. 

Malah, perkembangan khidmat pesanan makanan di dalam talian juga memainkan peranan kepada perkembangan karier food stylist kerana pemilik atau pengusaha makanan memerlukan gambar yang boleh ‘memujuk’ pelanggan untuk membeli.

Apa cabaran atau kekangan yang perlu dihadapi oleh seorang penata makanan?

Makanan ini skopnya sangat meluas. Ada pelbagai kategori makanan. Ada menu sarapan pagi, makan tengah hari, makan malam, pembuka selera, pemanis mulut dan bermacam-macam lagi. 

Malah ada pelbagai jenis hidangan di luar sana, seperti masakan Melayu, masakan barat dan masakan Cina. Setiap jenis makanan ini perlu diberi layanan yang berbeza kerana setiapnya memiliki ‘personaliti’ yang tersendiri.

Inilah cabaran yang perlu dihadapi oleh seorang food stylist kerana dia perlu bijak untuk 'menterjemahkan' makanan itu mengikut cara yang betul dan sesuai dengan sifatnya. 

Paling mencabar, kalau perlu menata ‘ugly food’  supaya rupa bentuknya boleh memikat mata yang memandang, sekali gus membuatkan orang mahu membeli atau menikmatinya.

Satu lagi cabaran yang perlu diambil kira ialah untuk mendapatkan props yang cantik dan sesuai untuk sesi penggambaran.

Bukan mudah untuk mencari peralatan yang dimahukan. Jujur saya katakan, pasaran Malaysia agak terhad.

Saya sendiri harus berbelanja lebih untuk membeli peralatan di kedai pilihan. Walaupun mahal, saya perlu membelinya kerana produk yang dijual mencapai standard antarabangsa.

Boleh berikan tip untuk mereka yang mungkin berminat untuk menceburi bidang ini?

Ada dua perkara yang perlu dilakukan terlebih dahulu. Pertama, kena mula kumpul props yang bagus untuk digunakan nanti.

Props mesti merangkumi semua seksyen dan semua tujuan. Pinggan pun ada macam-macam jenis pinggan dan material. Kena ada segala-galanya untuk memastikan visual yang akan dihasilkan nanti sempurna. 

Saya sendiri mengambil masa selama enam tahun untuk kumpul semua props dan sehingga kini masih tidak berhenti mengumpul. Ini kerana sama seperti perkembangan dunia fesyen, dunia kulinari atau makanan juga terus bergerak.

Props atau perhiasan yang digunakan untuk menghidangkan makanan juga sentiasa berubah mengikut zaman. Jadi, tidak boleh ketinggalan. Kena dapatkan koleksi yang baru dan unik. 

Selain itu, kena ada latar foto (background board) yang pelbagai warna, jenis dan material. Kena mudahkan urusan pelanggan, jadi orang lebih mudah bekerja dengan kita. Kena bersedia untuk mengeluarkan belanja yang tinggi untuk membuat persiapan.

Boleh kongsikan berapa pendapatan yang boleh diperolehi?

Jika masih baru, secara kasar pendapatan boleh mencecah sehingga RM5,000 sebulan.  Sebenarnya ia bergantung kepada kepakaran dan skil seseorang itu. 

Kalau sudah punya nama dan hasil sentuhan terbukti memikat hati ramai pelanggan, pendapatan boleh mencecah belasan ribu ringgit. - Getaran, 19 Jun 2022

Isu Pada

Sentuhan Magis Perunding Hiasan Dalaman

18 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Malaysia Komited Mainkan Peranan, Desak Henti Serangan Ke Atas Rafah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Sambut Baik Resolusi PBB Gesa UNSC Timbang Semula Permohonan Palestin

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

4

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

Sorotan

1

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

4

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

5

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

6

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik