web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ahli Keluarga Maut Angkara COVID-19, Anggota Polis Pasrah Terima Takdir

Kisah Kita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2021 11:19AM

Jenazah bapa Nor Husaini, Othman Bakar, 71, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Batu, Merbok.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Dek kerana ‘kejamnya’ COVID-19, seorang anggota polis wanita bersama ahli keluarganya yang lain terpaksa menelan hakikat kehilangan tiga insan tersayang hanya dalam tempoh sebulan.

Menurut Sarjan Mejar Nor Husaini Othman, 32, akibat penyakit itu, dia kehilangan bapa, abang dan kakaknya dalam tempoh yang cukup singkat.

Begitu pun katanya, mereka sekeluarga reda dengan kehilangan itu kerana menganggap segalanya telah ditentukan.

“Mulanya saya kehilangan abang, Khairulzaman, 40, yang meninggal dunia pada 4 September lalu ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), dekat sini.

“Belum reda dengan kesedihan itu, kakak saya, Norhafizah, 37, pula dijemput ilahi di sebuah klinik swasta hanya kira-kira 12 hari kemudian,” katanya ketika dihubungi Getaran di sini, hari ini.

Kata Nor Husaini yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Pulau Pinang, abang dan kakaknya itu masing-masing masih bujang dan tinggal bersama ibu bapa mereka di Taman Delima dekat sini.

Menurutnya, kedua-dua mereka banyak memainkan peranan dalam membantu ibu dan bapa, yang memang memerlukan bantuan untuk bergerak.

“Empat hari lalu selepas genap sebulan pemergian abang, giliran bapa, Othman Bakar, 71, pula menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit sama di HSAH.

“Saya memang rapat dengan arwah bapa dan kali terakhir kami bertemu kira-kira seminggu lalu. Pada Isnin lalu pada jam 2.15 pagi, bapa dimasukkan ke hospital dan pada jam 2.30 petang pula, bapa pergi meninggalkan kami,” katanya, sebak.

Nor Husaini berkata, ketika ini ibunya baru selesai menjalani kuarantin di Hospital Lama Sungai Petani dan telah dibenarkan pulang ke rumah.

Dimaklumkan jenazah bapa, abang dan kakaknya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Batu, Merbok. - Getaran 7 Oktober 2021.

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Angka Korban Serangan Israel Di Gaza Cecah 36,550 Orang

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Keluarga Pelajar Sabah Di Asia Barat Diminta Bertenang

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Maklumat Statistik Kes Kemalangan Secara Harian Disiar Secara Masa Nyata

4

Kisah Kita 5 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang