web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Diuji 4 Anak Lumpuh Seluruh Badan, Ibu Tunggal Pasrah

Kisah Kita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2021 10:56AM

Rosanani bersama empat anaknya yang menghidap penyakit saraf. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KEMAMAN - Hanya Tuhan yang tahu keperitan hidup terpaksa dilalui warga emas Rosanani Salleh apabila empat daripada lapan anaknya lumpuh seluruh badan akibat penyakit saraf.

Dengan kudratnya yang tidak seberapa, ibu tunggal berusia 62 tahun itu cekal menguruskan anak keduanya Mohd Amerizam Razali, 42; anak kelima Mohd Marsudi, 36; dan anak keenam Mohd Aismuddin, 33; yang memerlukan penjagaan rapi. 

Anak sulungnya Rozanariah, 43, yang turut menghidap penyakit sama tinggal berasingan memandangkan beliau telah berkahwin dan dijaga oleh suami serta tujuh anaknya yang berumur antara 20 hingga lima tahun.

Rosanani yang bekerja sebagai penjual lemang berkata beliau tidak menyangka akan ditimpa nasib sedemikian memandangkan keempat-empat anaknya itu secara tiba-tiba diserang penyakit saraf ketika masing-masing telah berusia antara 20-an hingga 30-an.

“Sebelum ini mereka normal dan menjalani kehidupan seperti biasa. Masing-masing telah bekerja namun tiba-tiba sakit. Tiada simptom yang jelas. Malah ada daripada mereka tiba-tiba bangun tidur tidak boleh berjalan dan lama-kelamaan lumpuh seluruh badan,” katanya ketika ditemui Bernama di kediamannya di Kampung Teluk Kalung, di sini.

Episod duka keluarga Rosanani bermula apabila arwah suaminya, Razali Othman yang meninggal dunia pada 2009 turut menghidap penyakit saraf semasa berusia 20-an.

Rosanani berkata dengan pendapatan menjual lemang hanya sekitar RM1,000 sebulan menyebabkan beliau agak tertekan kerana pengurusan dan pengubatan anak-anaknya yang kurang upaya itu memerlukan belanja yang tinggi.

“Mereka semua dapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 seorang, namun jumlah tersebut tidak cukup memandangkan kos membeli lampin pakai buang dan ubat-ubatan sahaja melebihi RM1,000.

“Mak cik pun tidak dapat jual lemang dengan lebih banyak kerana hanya sekitar 11 pagi baru mak cik boleh ke gerai untuk persiapan membakar lemang dan berniaga. Pada sebelah pagi, mak cik perlu uruskan anak-anak terlebih dahulu,” katanya sambil memberitahu pergerakan anak-anaknya itu bergantung sepenuhnya kepada penggunaan kerusi roda.

Malah, katanya empat anaknya yang lain hanya bekerja biasa dengan pendapatan tidak seberapa dan tidak dapat banyak membantunya.

Rosanani berkata walaupun pakar perubatan di hospital memberitahu anak-anaknya itu tiada harapan untuk sembuh namun beliau sentiasa berdoa semoga satu hari nanti mereka dapat berjalan dan menguruskan diri sendiri.

“Siang malam mak cik berdoa semoga sekurang-kurangnya mereka boleh berjalan. Mak cik sangat risau kalau mak cik sudah tiada nanti siapa akan menjaga mereka,” katanya.

Sambil menahan air mata, wanita tabah itu berkata beliau sudah biasa ‘memekakkan’ telinga menghadapi pelbagai tohmahan masyarakat sekeliling mengenai nasib keluarganya itu. - Bernama

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara