web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Cacat Penglihatan Bukan Penghalang Al-Amril Bergelar Pakar Sejarah

Kisah Kita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2022 9:44AM

Dr Al-Amril Othman membuat salinan bahan bercetak untuk diterjemahkan dalam bentuk rakaman atau penyalinan semula.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGI - Bermain alat muzik, menjadi tukang urut, menjual tisu atau makanan ringan di tempat awam merupakan antara cara biasa Orang Kelainan Upaya (OKU) penglihatan mencari rezeki, bersesuaian dengan keupayaan mereka yang terhad.

Dr Al-Amril Othman, 53, bagaimanapun berpendirian, kekurangan itu bukan penghalang buat dirinya menempa kejayaan di peringkat tertinggi, bagi merealisasikan cita-cita bergelar pensyarah dalam bidang sejarah. 

Beliau menegaskan, kelemahan yang dimiliki bukan alasan untuk dirinya berputus asa sebaliknya menjadi pembakar semangat untuk beliau menamatkan pengajian Doktor Falsafah (PhD) meskipun berjuang selama 12 tahun.

“Saya mungkin mempunyai kekurangan iaitu cacat penglihatan. Tapi saya bersyukur kerana kekurangan ini memacu keinginan saya untuk berjaya seterusnya membantu komuniti cacat penglihatan selain berbakti kepada masyarakat dan negara.

“Keadaan saya yang mendorong saya untuk berusaha lebih sehingga berjaya mencapainya. Saya perlu memberi tumpuan sehingga 200 peratus lebih daripada orang normal kerana memerlukan bantuan serta dorongan untuk berjaya,” katanya ketika ditemui Getaran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), hari ini.

Dr Al-Amril sedang membaca buku menggunakan kaedah Braille ketika ditemui di UKM, baru-baru ini.
Dr Al-Amril sedang membaca buku menggunakan kaedah Braille ketika ditemui di UKM, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Al-Amril mengakui cabaran yang dilalui sebagai pensyarah yang cacat penglihatan bukan sedikit, khususnya bagi mendapatkan rujukan serta informasi bahan bacaan dalam bentuk bercetak.

“Disebabkan masalah fizikal, saya memerlukan pembantu demi mendapatkan bahan-bahan diperlukan bagi menyiapkan kajian dan maklumat yang boleh digunakan untuk mengajar.

“Pembantu saya perlu membuat salinan bahan sama ada dalam bentuk rakaman atau penyalinan semula sebagai rujukan namun pada masa sama, saya juga belajar menggunakan kaedah itu walaupun tidak sepantas orang biasa,” katanya.

Bagaimanapun, Pensyarah Kanan Program Sejarah, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM itu bersyukur dan bertuah kerana memiliki keluarga serta rakan sekerja yang sentiasa memberi sokongan dalam mengejar impiannya.

“Kita diberi masa untuk menghabiskan kajian dalam tempoh empat tahun dan selepas itu kalau tidak tamat lagi, kena mengajar semula. Walaupun berat untuk bahagikan benda itu namun pelajar dan pensyarah lain amat memahami dan sentiasa memberi sokongan untuk saya habiskan PhD.

“Pihak fakulti amat memahami dengan memberi pengurangan masa pengajaran agar saya dapat menghabiskan kajian sebaiknya. Pada masa sama, proses mengajar ini juga boleh membantu penyelidikan kerana ilmu itu saling berkait,” katanya.

Ketika diwawanncara, bapa kepada seorang anak ini menegaskan, OKU juga mempunyai hak yang sama seperti orang normal serta berpeluang mengembangkan potensi diri dengan cara betul.

Lantaran itu katanya, adalah tidak adil untuk masyarakat beranggapan bahawa golongan tersebut hanya perlu meraih simpati daripada orang ramai dengan cara mengemis atau menjual tisu dari meja ke meja sebagai sumber rezeki.

“Tidak adil untuk katakan OKU malas belajar, tidak boleh buat sentimen begitu sebab kita tidak tahu nasib dan masalah dihadapi mereka. Penting untuk mereka untuk tidak berputus asa atau patah semangat dalam mencari pendapatan.

“Saya bertuah kerana mempunyai sokongan keluarga dan kerana itu dapat menggunakan kekurangan ini bagi menuntut ilmu dan melakukan penyelidikan daripada saya tadah tangan minta duit dekat orang. Saya gunakan rezeki ini demi kebaikan kepada masyarakat serta negara,” katanya.

Dr Al-Amril Othman
Dr Al-Amril Othman

Sementara itu, Al-Amril berpandangan, pihak berwajib perlu menyantuni OKU khususnya penglihatan dan ia bukan sahaja meliputi penyediaan prasarana yang mencukupi, tetapi lebih utama membangunkan modal insan bagi membolehkan mereka berdikari seperti masyarakat normal lain.

Pada masa sama, dorongan kuat diperlukan oleh keluarga terdekat dengan cara mendidik warga OKU dengan ilmu yang boleh diperoleh daripada buku serta internet, di samping mendapatkan pandangan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) OKU.

“Tak perlu bantu OKU dengan sedekah namun mereka perlukan akses kepada kemudahan seperti kalau di bank, boleh disediakan maklumat dalam bentuk braille, lif sesuai serta sikap terbuka masyarakat dalam membantu golongan ini.

“Kesedaran terhadap OKU ini masih kurang. Sebagai contoh, berapa ramai sahaja antara kita faham Akta OKU 2008. Jadi, agensi kerajaan, swasta mahupun komuniti perlu dididik dengan perkara itu dan memupuk interaksi serta komunikasi dua hala secara berterusan,” katanya.

Tambahnya, golongan OKU juga perlu terbuka untuk bersikap berdaya saing dengan mencabar diri mempelajari teknologi terkini, agar terdedah dengan isu semasa dan pengetahuan dalam memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik.

“Jangan kita duduk di takuk lama agar maklumat terkini itu boleh kita guna untuk membantu diri sendiri. Bukan sahaja masyarakat perlu memainkan peranan, golongan OKU juga perlu berperanan untuk bangun berjaya dalam hidup,” katanya. – Getaran, 11 Mac 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara