web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Anak FELDA Pakar Luncur Ombak

Kisah Kita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2022 9:03PM

Mat Jeng (kanan) mempamerkan kemahirannya dalam sukan luncur ombak di Pantai Cherating, dekat sini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Walaupun dilahirkan di kawasan FELDA yang dikelilingi kelapa sawit, ia tidak menghalang Muhammad Syukrizam Abdullah menguasai sukan luncur ombak. 

Lebih dikenali dengan panggilan Mat Jeng, pemuda berusia 28 tahun itu mula berjinak dengan sukan lasak itu ketika bekerja di sebuah pusat peranginan di Singapura, kira-kira lima tahun lalu. 

"Saya baru lagi belajar sukan luncur ombak ketika bekerja di Singapura dan terus jatuh cinta.

"Semuanya bermula dengan kawan-kawan dan mereka yang ajar cara mengendalikan papan luncur, lama-kelamaan minat itu datang dan saya teruskan dengan belajar mendalami teknik sukan ini," kata anak muda berasal dari FELDA Jengka 7, dekat Maran, ketika ditemui di sini, petang semalam. 

Dia memberitahu disebabkan minat terhadap sukan itu, dia sanggup menggunakan wang sendiri bagi membeli peralatan meluncur pada harga yang agak mahal. 

Muhammad Syukrizam Abdullah
Muhammad Syukrizam Abdullah

Awal bulan lalu, Mat Jeng menjadi perhatian warganet selepas video aksi luncur ombak dilakukannya tular di media sosial. 

Video berdurasi dua minit itu menyebabkan dia menjadi buah mulut dalam kalangan penduduk di FELDA Jengka 7, Maran dan juga peminat sukan luncur ombak dalam dan luar negara. 

Anak sulung daripada lima beradik itu mengakui mula serius dalam sukan luncur ombak selepas kehilangan kerja susulan pandemik COVID-19, kira-kira dua tahun lalu. 

"Sebaik diberhentikan, saya kembali ke kampung (FELDA Jengka 7) dan membantu keluarga berniaga. 

"Dalam masa sama, saya meluangkan masa, biasanya hujung minggu untuk ke kawasan pantai sekitar Kuantan untuk berlatih dan sebelum ini saya pernah ke Bali dan Lombok, Indonesia untuk belajar kemahiran baharu dengan peluncur ombak di sana," katanya. 

Muhammad Syukrizam (kiri) bersama seorang lagi peminat sukan luncur ombak
Muhammad Syukrizam (kiri) bersama seorang lagi peminat sukan luncur ombak

Mat Jeng sering memilih Pantai Cherating, dekat Kuantan yang terletak kira-kira 140 kilometer dari FELDA Jengka 7, Maran sebagai lokasi untuk berlatih. 

Dia bagaimanapun memaklumkan tidak menyertai mana-mana kelab meluncur ombak dan memilih untuk terus bergerak secara bersendirian kerana memberikan lebih kebebasan. 

"Buat masa sekarang belum lagi (sertai kelab luncur ombak) akan datang saya tidak tahu, tapi macam sekarang bebaslah ke sana sini. 
Saya pernah sertai pertandingan luncur ombak di Pantai Kekabu, Marang, Terengganu dan Pantai Tanjung Balau, Johor, sekitar tiga tahun lalu, dapatlah nombor empat. 

"Untuk tahun ini pula, saya ada ambil bahagian dalam Pesta Luncur Ombak Tioman pada hujung Januari dan satu lagi (kejohanan) awal Februari lalu di Pantai Cherating dan semua kejohanan itu saya sertai menggunakan dana sendiri," katanya. 

Mat Jeng berharap minatnya itu dapat diteruskan dan mendapat perhatian daripada mana-mana pihak untuk menajanya. 

Katanya, kekangan dari segi kewangan mengakibatkan dia tidak dapat menyertai kejohanan peringkat antarabangsa dan seterusnya mempamerkan kebolehan dalam sukan luncur ombak dan bersaing di luar negara. - Getaran, 20 Mac 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara