web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Skuad Bantu Kembali Hulur Khidmat Percuma Tolong Kereta Terkandas

Kisah Kita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2022 9:00AM

Hilmi (kiri) bersama sukarelawan yang akan menggerakkan operasi bantuan di laluan Gua Musang sehingga ke sempadan Kuala Krai-Machang, Kelantan bermula malam kelmarin hingga pagi Syawal nanti.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Setiap kali menjelang Aidilfitri, laluan Kuala Lipis-Gua Musang-Kuala Krai pasti sesak dengan puluhan ribu kenderaan memasuki Kelantan.

Namun kali ini, jumlah kenderaan yang akan menggunakan laluan tersebut pastinya ‘luar biasa’ memandangkan sudah dua tahun perantau di negeri itu tidak pulang beraya.

Tidak dinafikan dengan ratusan kenderaan berderet panjang, perjalanan yang sepatutnya hanya enam hingga tujuh jam boleh mencecah berbelas, malah berpuluh jam.

Sudah tentu perjalanan yang panjang itu amat menguji kesabaran dan jika tidak bernasib baik, kenderaan pun boleh ‘meragam’ secara tiba-tiba.

Prihatin dengan perkara itu, beberapa sukarelawan rakyat Kuala Krai menawarkan khidmat percuma membantu kenderaan perantau yang terkandas semasa dalam perjalanan pulang ke negeri itu menerusi program Skuad Bantu.

Menariknya kali ini, Skuad Bantu yang diilhamkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guchil, Hilmi Abdullah iaitu pengasas Task Force Kuala Krai pada 2014 itu, turut disertai beberapa sukarelawan lain termasuk Barracuda Adventure Team, Jabatan Amal Kuala Krai dan Zeck Zoro (Towing).

Jurucakap Skuad Bantu, Mohd Fadir Hazmi, 42, berkata, operasi bantuan akan mula digerakkan pada malam Sabtu sehinggalah pagi Syawal, 3 Mei nanti.

Mereka yang turut ingin menyokong melancarkan operasi bantuan tersebut bolehkan menghulurkan sumbangan seikhlas hati.
Mereka yang turut ingin menyokong melancarkan operasi bantuan tersebut bolehkan menghulurkan sumbangan seikhlas hati.

Katanya yang juga Pengarah Barracuda Adventure Team, operasi bantuan kali ini turut diperluaskan dari Gua Musang sehingga ke sempadan Kuala Krai-Machang, Kelantan.

“Sepanjang lima tahun lalu, Task Force bergerak sendiri dalam misi ini. Tapi kali ini, operasi bantuan lebih besar kerana bergabung tenaga dengan beberapa sukarelawan lain.

“Jika dulu bantuan hanya di peringkat Kuala Krai, sekarang kita perluaskan lagi. Insya-Allah mungkin pada masa akan datang, kita akan gerakkan bantuan di seluruh negara,” katanya kepada Getaran.

Menurut Mohd Fadir, selepas melihat kejayaan Misi Bantuan Selangor-Kuala Krai Balas Budi 2014 pada Disember lalu, penglibatan pasukannya diharap dapat memberi lebih banyak manfaat kepada orang ramai.

“Apabila kita bergabung, besar harapan kita untuk melihat lebih ramai dibantu. Ahli pasukan saya pula ramai mekanik, jadi mereka berpengalaman dalam membaiki kenderaan sendiri.

“Jadi kita cuba bantu seikhlas hati. Lagipun sepanjang laluan banyak bengkel tutup. Kita juga mahu melancarkan perjalanan perantau agar selamat pulang ke pangkuan keluarga,” katanya.

Antara sukarelawan yang akan turun padang sepanjang program tersebut.
Antara sukarelawan yang akan turun padang sepanjang program tersebut.

Jelas beliau lagi, selain bantuan membaiki kenderaan rosak, petugas sukarelawan di sepanjang laluan tersebut turut akan membantu mereka yang terlibat dengan kemalangan kecil.

“Bukan setakat kereta rosak, tayar pancit dan kemalangan kecil pun kita bantu. Insya-Allah kita mempunyai petugas sukarelawan dan kelengkapan yang mencukupi untuk misi ini.

“Dianggarkan 40 hingga 60 petugas akan terlibat dalam misi bantuan selama tiga hari itu. Mereka akan ditempatkan di setiap daerah atau zon sepanjang laluan terlibat,” katanya.

Mohd Fadir berkata, orang ramai yang memerlukan bantuan sepanjang tempoh tersebut boleh menghubungi talian hotline Skuad Bantu di nombor 011-11001091 (Idi Pokdi).

“Sebagai alternatif, orang ramai juga boleh menghantar teks melalui aplikasi WhatsApp di talian sama untuk mendapatkan bantuan kecemasan.

“Kita juga nasihatkan perantau supaya selenggara kenderaan sebelum balik, pastikan semuanya dalam keadaan baik dan paling penting, kawal emosi sepanjang perjalanan pulang beraya nanti,” katanya. - Getaran, 30 April 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 9 bulan yang lalu

Mekanik Mangsa Tayar Lori Tercabut

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengusaha Bengkel Perlu Pamer Senarai Nama Mekanik - Salahuddin

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Sukarelawan Askar Wataniah, Tentera, Maritim Terima Bantuan Khas Aidilfitri

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Mekanik Dipenjara 28 Tahun, 13 Sebatan Rogol, Amang Seksual Anak Kandung

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara