web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sukarelawan Askar Wataniah, Tentera, Maritim Terima Bantuan Khas Aidilfitri

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 19 Apr 2023 7:38PM

Anwar meninjau juadah berbuka puasa di di Bazar Ramadan PKNS di sini hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kerajaan akan memperluas Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri kepada tiga badan sukarelawan iaitu Rejimen Askar Wataniah, Pasukan Simpanan Angkatan Tentera dan Pasukan Sukarelawan Maritim Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia susulan permohonan yang dikemukakan badan terbabit.

“Elaun untuk sukarelawan, ada permohonan yang dimasukkan iaitu sukarelawan askar wataniah, sukarelawan angkatan tentera dan sukarelawan maritim.

“Semua akan masuk bawah bantuan kategori sukarelawan Aidilfitri,” katanya selepas tinjauan ramah mesra bersama peniaga di Bazar Ramadan PKNS di sini hari ini.

Anwar melambai kepada orang ramai di Bazar Ramadan PKNS di sini hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman
Anwar melambai kepada orang ramai di Bazar Ramadan PKNS di sini hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Menurut Kementerian Kewangan, seramai 26,000 orang daripada ketiga-tiga badan sukarelawan akan menerima bantuan khas kewangan yang melibatkan peruntukan RM7.8 juta.

Pada 29 Mac lepas, kerajaan mengumumkan lebih 200,000 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia, Sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam, sukarelawan polis dan bomba akan menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri berjumlah RM300.

Anwar juga mahu semua rakyat dan pemimpin bekerjasama dalam membersihkan negara daripada masalah lampau terutama rasuah.

Beliau berkata umat Islam dan rakyat di negara ini tidak mungkin dapat mengangkat Malaysia menjadi negara MADANI sekiranya tidak sanggup membuat perubahan di semua peringkat, dari atas sampai ke bawah.

“Sebab itu kalau tindakan keras dan tegas saya mula dari atas kerana rosaknya sistem negara adalah dari pimpinan di atas,” katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Pelajar Tahfiz serta Anak Yatim di Masjid Ahmadi, Kampung Rantau Panjang hari ini.

Perdana Menteri berkata walaupun pelbagai slogan berkaitan Melayu, Islam, kesatuan dan keadilan digunakan oleh pemimpin terdahulu namun semua itu tidak memberi kesan serta makna jika tiada keikhlasan dan tekad untuk mengamalkannya.

“Kita amanahkan pimpinan dan pimpinan silih berganti, berapa ramai Perdana Menteri berganti beberapa tahun ini... tetapi keadaan masih sama, rasuah masih berleluasa... Jadi saya nak ubah, saya nak umat Islam di Malaysia termasuk Selangor ubah persepsi ini... siapa jadi pemimpin, bagi kerjasama dan bertanggungjawab bersihkan negara daripada kekusutan lampau,” katanya.

 Beliau turut mengingatkan umat Islam di Malaysia agar mengambil peluang tempoh saki-baki beberapa hari dalam Ramadan ini untuk terus menjadikan bulan suci ini sebagai madrasah untuk membersihkan kerohanian diri masing-masing serta menghayati pengajaran yang terdapat di dalam al-Quran. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka