web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mekanik Dipenjara 28 Tahun, 13 Sebatan Rogol, Amang Seksual Anak Kandung

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2023 3:36PM

Hakim Datin Surita Budin menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh yang berusia 47 tahun mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan itu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Seorang mekanik dijatuhi hukuman penjara berjumlah 28 tahun dan 13 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas didapati bersalah atas pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuan kandungnya yang di bawah umur pada 2017 dan 2018.

Hakim Datin Surita Budin menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh yang berusia 47 tahun mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan itu.

Surita menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan 10 sebatan bagi pertuduhan pertama, manakala penjara lapan tahun dan satu sebatan serta tambahan dua tahun penjara dan dua sebatan bagi pertuduhan kedua.

Bagaimanapun, tertuduh hanya menjalani hukuman penjara 18 tahun dan 13 sebatan selepas mahkamah mengarahkan hukuman penjara berjalan serentak bermula dari tarikh tangkap iaitu pada 3 April lepas.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 11 tahun dalam sebuah bilik tidur di rumah mereka di Jempol dekat sini, pada 12.01 tengah malam antara 20 hingga 31 Dis 2017 mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang lapan tahun dan maksimum 30 tahun dan hendaklah disebat tidak kurang 10 sebatan.

Dia turut didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa yang ketika itu berumur 12 tahun dua bulan di lokasi dan waktu sama antara 11 hingga 30 April 2018, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah akta sama serta dibaca bersama Seksyen 16(a) akta sama.

Pertuduhan itu memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat mengikut Seksyen Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, mangsa cuba memberitahu perkara itu kepada ibu dan adik-beradiknya selepas kejadian, tetapi dinafikan tertuduh sehingga ibu mangsa tidak mempercayai mangsa.

Bagaimanapun, pada tahun ini, mangsa yang berusia 17 tahun memberitahu rakannya mengenai perbuatan tertuduh dan melaporkan kepada guru pada 3 April seterusnya membuat laporan polis pada hari sama.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kerana telah insaf dan menyesal dengan perbuatan keji yang dilakukan.

Timbalan Pendakwa Raya Goh Hsiao Tung yang mengendalikan kes itu memohon hukuman setimpal dikenakan sebagai pengajaran mengambil kira mangsa adalah anak kandung sendiri dan perlu bersifat melindungi selain kejadian itu akan menyebabkan trauma serius kepada mangsa dalam jangka panjang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

2

Semasa 4 hari yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

3

Semasa 5 hari yang lalu

Alif Teega, Aisyah Hijanah Didakwa Salah Guna Wang Infak Lebih RM1.52 Juta

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang