web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Menakjubkan! 400 Kasut ‘Legend’ Fung Keong Terjual Dalam Tempoh Sejam

Kisah Kita Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2023 7:24AM

Selepas hilang dari radar lebih 30 tahun lalu, jenama kasut tempatan yang mendapat gelaran ‘legend’ kini kembali semula di pasaran - Gambar Instagram Rabak-Lit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - ‘Brader, kita mesti terus hidup’.

Itu antara ungkapan ikonik yang menaikkan nama Pyanhabib dalam filem Kembara Seniman Jalanan (KSJ) yang dilakonkannya bersama sifu muzik tanah air, Datuk M Nasir.

Bagaimanapun, filem yang ditayangkan pada 1986 itu bukan saja menaikkan nama Pyanhabib yang melakonkan watak Osman Tikus, tetapi melonjakkan rating jenama kasut tersebut.

Selepas hilang dari radar lebih 30 tahun lalu, jenama kasut tempatan yang mendapat gelaran ‘legend’ kini kembali semula di pasaran.

Menariknya, kali ini ia bakal menampilkan edisi istimewa hasil kolaborasi dengan pengarah filem KSJ, Nasir Jani khusus bagi penggemar kasut kanvas.

Difahamkan, inisiatif penjenamaan semula kasut tersebut adalah hasil kerjasama Ketua Penerbitan Rabak-Lit, Izzat Amir bersama Nasir dengan program “The Legend is Back! FK Propaganda”.

Kasut tersebut pernah mencetuskan fenomena suatu ketika dahulu kerana kualiti dan reka bentuknya selain harga mampu milik. 

Namun jenama tersebut semakin dikenali ramai apabila M Nasir dan Pyanhabib menggunakan kasut tersebut dalam filem lakonan mereka.

Apabila kilang pertamanya di buka di Klang, Selangor pada tahun 1939, kasut Fung Keong mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat rock kapak dan kumpulan ‘rebel’ di tanah air sehingga ia dianggap sebagai jenama tempatan.

M. Nasir mengenakan kasut Fung Keong
M. Nasir mengenakan kasut Fung Keong

Jenama tersebut ketika itu sebaris dengan North Star keluaran Bata, All America dan beberapa lagi jenama antarabangsa yang mengeluarkan kasut dengan reka bentuk seumpamanya.

Difahamkan untuk edisi istimewa kali ini, hanya 400 kasut akan dikeluarkan dengan harga RM120 sepasang.

Bagaimanapun setakat semalam, 400 pasang kasut itu sudah terjual dalam masa sejam.

Meskipun semua kasut tersebut sudah ‘bertuan’, peminat kasut kanvas itu berpeluang memiliknya kerana tempahan masih lagi dibuka. 

Pra-pesanan dibuka sejak Selasa lalu dan kasut itu dijangka sampai ke tangan peminatnya pada akhir Mac depan. 

Getaran difahamkan, kasut jenama Fung Keong akan hadir dalam beberapa edisi khas, antaranya Edisi KSJ, Pyanhabib dan beberapa lagi ikon dalam filem tersebut pada masa hadapan.

Pyan Habib bersama poster filem 'Kembara Seniman Jalanan' - Gambar Instagram Rabak-Lit
Pyan Habib bersama poster filem 'Kembara Seniman Jalanan' - Gambar Instagram Rabak-Lit

Sementara itu, ZRA Strim menerusi satu hantaran di Facebook semalam memaklumkan sambutan terhadap kasut itu amat menakjubkan.

“Sepanjang sejarah tiga tahun strim dan 11 bulan ZRA Strim beroperasi, Fung Keong versi Nasir Jani In Action ialah jualan tertinggi dalam masa sejam.

“Tahniah kepada Izzat Rabak-Lit atas usaha membina semula jenama ‘masa lalu’ untuk terus kekal relevan hingga hari ini.

“KSJ ialah filem yang memiliki momentum tersendiri pada zamannya,” katanya.

Ujarnya lagi, ZRA Strim yakin permintaan terhadap kasut itu akan mencecah 500 pasang dalam masa terdekat.

“Kita nantikan edisi seterusnya, Fung Keong Edisi KSJ dan Osman Tikus. Terima kasih juga kepada Fung Keong yang menerima idea Rabak-Lit sebagai tanda memahami usaha anak muda,” katanya. - Getaran, 18 Februari 2023

Isu Pada

Conan Gray, Penakluk Jiwa Wanita

18 Feb 2023

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 tahun yang lalu

Fung Keong Sneakers, Empayar Kuku Hasilkan Kasut Kanvas Kolaborasi Radikal 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara