web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Didik dan Jana, Penerima Bantuan Boleh Berdikari

Kisah Kita Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2021 8:43AM

Pekerja Kuantan Pickers dan Kedai Kopi menyusun barangan keperluan asas untuk diagihkan kepada golongan memerlukan di premis berkenaan yang terletak di Jalan Besar, dekat sini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Pengagihan bantuan kepada golongan memerlukan yang terjejas teruk akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak tahun lalu, boleh dilakukan dengan lebih sistematik melalui kolaborasi pelbagai pihak.

Perkara ini juga sangat penting bagi memastikan setiap bantuan diterima oleh golongan sasar dan tidak menimbulkan pembaziran hingga mengakibatkan kerugian.

Selain bantuan daripada kerajaan melalui agensi berkaitan, sikap prihatin dan pemurah dalam kalangan rakyat Malaysia, sangat terserlah sejak pandemik COVID-19 menjadi ancaman kepada penduduk di seluruh dunia bermula penghujung tahun 2019.

Antara yang terawal tampil dengan idea menyediakan pusat sehenti bagi mengumpul dan mengagihkan bantuan barangan keperluan asas di Kuantan ialah Kuantan Pickers dan Kedai Kopi yang terletak di Jalan Besar, dekat sini.

Pekerja Kuantan Pickers dan Kedai Kopi mengagihkan bantuan kepada golongan memerlukan ketika tinjauan di premis berkenaan.
Pekerja Kuantan Pickers dan Kedai Kopi mengagihkan bantuan kepada golongan memerlukan ketika tinjauan di premis berkenaan.

Pemilik premis, Nazrul Zuber, 43, ketika ditemui memaklumkan, idea berkenaan adalah hasil perbincangan bersama seorang aktivis masyarakat yang juga peguam, Datuk Syed Azimal Syed Abu Bakar, awal tahun ini.

“Program ini menggunakan konsep hampir sama dengan ‘Food Bank’, iaitu kami menjadi pemudah cara kepada orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan dalam bentuk barangan keperluan asas kepada golongan memerlukan.

“Sebelum ini pun, saya bersama Syed Azimal dan beberapa rakan lain sudah mengadakan program pengagihan pek makanan untuk berbuka puasa kepada gelandangan dan golongan kurang bernasib baik, jadi apabila tercetusnya penyakit COVID-19, kami fikir kena guna pendekatan lain memandangkan ramai yang terkesan dari segi kewangan,” katanya kepada Getaran ketika ditemui di sini.

Menurut beliau, projek yang dimulakan sekitar Februari lalu itu mendapat sambutan serta sokongan daripada rakan dan dermawan yang ingin turut serta menghulurkan bantuan.

Barangan keperluan sumbangan orang ramai tersusun di premis berkenaan.
Barangan keperluan sumbangan orang ramai tersusun di premis berkenaan.

Katanya, antara barangan keperluan asas disediakan untuk orang ramai ialah beras, gula, susu bayi, lampin pakai buang, ikan bilis, minyak masak dan pelbagai barangan lain yang disumbangkan penderma.

Nazrul memberitahu, premis miliknya itu dibuka bermula jam 8 pagi hingga jam 12 tengah hari setiap hari, bagi memudahkan mereka yang memerlukan bantuan datang dan mengambil barangan keperluan asas disediakan.

“Kami agihkan mengikut keperluan, bergantung kepada jumlah ahli keluarga dan bersesuaian untuk keperluan mereka.

“Selain itu, kami menggalakkan mereka menghubungi kami terlebih dahulu dan memberikan maklumat mengenai jenis bantuan diperlukan untuk memudahkan kami membungkus barangan yang diperlukan sebelum diserahkan kepada mereka,” katanya yang dibantu lima pekerja premis berkenaan.

Usaha Nazrul itu turut menarik minat Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WGGGS) Pahang untuk menjalinkan kerjasama bagi menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan dengan lebih berkesan.

“Saya anggap ini adalah rezeki untuk kita semua dan sangat melegakan kami. Maknanya, melalui kerjasama dengan WGGGS juga dapat membuka ruang kepada lebih ramai golongan memerlukan memperoleh bantuan.

“Pihak WGGGS juga memberikan cadangan untuk menambah baik program ini dan kami melihat ada ruang untuk kita bukan sahaja memberikan bantuan semata-mata, tapi kita akan bekerjasama membantu mendidik mereka (penerima bantuan) untuk menjana pendapatan sampingan.

Pusat sehenti bagi mengumpul dan mengagihkan bantuan barangan keperluan asas di Kuantan adalah Kuantan Pickers dan Kedai Kopi yang terletak di Jalan Besar, dekat sini.
Pusat sehenti bagi mengumpul dan mengagihkan bantuan barangan keperluan asas di Kuantan adalah Kuantan Pickers dan Kedai Kopi yang terletak di Jalan Besar, dekat sini.

Kerjasama berkenaan jelasnya, melahirkan konsep ‘Didik dan Jana’ yang dilihat berpotensi membantu penerima memulakan perniagaan, menggunakan barangan yang disediakan kepada mereka secara percuma.

Nazrul berkata, antara menu ringkas boleh disediakan penerima bantuan ialah kuih-muih dan nasi lemak yang boleh dijual untuk mendapatkan pulangan.

“Pihak WGGGS mempunyai program latihan yang boleh diikuti mereka (penerima bantuan), sebagai contoh, kalau kita bagi beras, ikan bilis dan telur, mereka boleh masak sebagai nasi lemak untuk dijual.

“Jadi, kita tidaklah setakat memberikan bantuan sahaja, tapi lebih penting ialah kita beri laluan untuk mereka mencari sumber pendapatan dan lama-kelamaan, mereka sudah boleh berdikari serta tidak lagi mengharapkan bantuan daripada kami atau mana-mana pihak untuk meneruskan kehidupan,” katanya. - Getaran, 30 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Op Global: 171 Ditahan Bantu Siasatan Eksploitasi Kanak-kanak, 402 Mangsa Diselamatkan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Polis Rampas Peralatan Darjah Kebesaran Palsu Daripada Pengarah Syarikat Telekomunikasi

4

Luar Negara 5 bulan yang lalu

UK Beri Amaran Kebuluran Di Gaza, Hantar Kapal Tentera Laut Bawa Bantuan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara