web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sambutan Tahun Baharu Cina Berskala Kecil, Tatkala Kanak-Kanak Belum Divaksin

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2022 9:20AM

Gambar hiasan Bernama

oleh

Pearl Lee

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tahun Baharu Cina di negara ini disambut meriah namun pada skala yang lebih kecil. 

Walaupun sambutan tahun ini lebih baik dari tahun lepas, namun ramai yang memilih untuk menyambut perayaan kali ini secara ala-kadar. 

Ramai keluarga mengambil langkah berjaga-jaga dengan menghadkan jumlah sanak-keluarga yang berkunjung di rumah masing-masing, walaupun tiada sekatan ketat yang dikenakan pihak berkuasa. 

Ada datuk dan nenek yang menegaskan tidak mahu cucu-cucu mereka yang belum divaksin pulang ke halaman kampung, khuatir akan keselamatan si kecil.  

Saudara-mara penulis juga mengambil pendekatan yang berjaga-jaga untuk perayaan kali ini. 

Jumlah saudrara-mara yang berkunjung ke rumah keluarga penulis juga lebih kecil dari tahun-tahun sebelum ini. Biasa makan di restoran untuk jamuan makan besar keluarga, kali ini keluarga penulis memilih untuk hanya makan di rumah, kerana ada anak-anak kecil masih belum divaksin.

Mengikut Kementerian Kesihatan, sebanyak 147,282 kes COVID-19 melibatkan kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun sejak enam bulan lepas. Daripada jumlah ini, sebanyak 26 kes kematian direkodkan. 

Setakat minggu ini sahaja sebanyak 3,557 kanak-kanak dalam kelompok usia yang sama dijangkiti COVID-19. 

Semalam, Malaysia memulakan program vaksinasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun. 

Hakikatnya, program vaksinasi untuk golongan kanak-kanak di dalam kumpulan lima hingga 11 tahun telah bermula di rantau ini seawal September tahun lepas. 

Vietnam merupakan negara terawal untuk menyuntik vaksin untuk golongan kanak-kanak golongan ini dengan program bermula pada September tahun lepas. Ini diikuti dengan Indonesia pada Disember 14. Kedua-dua negara memilih untuk menyuntik vaksin Sinovac untuk kumpulan kanak-kanak ini. 

Negara sudah memulakan memberi vaksin kepada kanak-kanak bermula semalam. - Gambar fail
Negara sudah memulakan memberi vaksin kepada kanak-kanak bermula semalam. - Gambar fail



Singapura yang menggunakan vaksin Pfizer memulakan program yang sama pada Disember 27, manakala Thailand memulakan program suntikan vaksin kanak-kanak awal minggu ini. 

Dengan varian Omicron yang semakin menular, kumpulan kanak-kanak kini merupakan mereka yang berisiko tinggi untuk dijangkiti.

Di Amerika Syarikat, kadar kemasukan hospital untuk kanak-kanak akibat COVID-19 semakin meningkat. 

Setakat 20 Januari, sejumlah 10,603,034 kes melibatkan kanak-kanak dilaporkan sejak pandemik bermula. Jumlah ini merupakan 18.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes dilaporkan di negara itu. 

Menurut data oleh US Centers for Disease Control and Prevention hanya 20.3 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 dan 55.4 peratus kanak-kanak berusia 12 hingga 17 telah divaksinasi penuh setakat 20 Januari. 

Semalam, sebanyak 5,720 kes baru di laporkan di Malaysia. 

Dengan sela masa lapan minggu antara dos pertama dan kedua yang diperuntukkan dalam pemberian vaksin kanak-kanak di Malaysia, ternyata ianya akan mengambil masa sebelum golongan ini di vaksin penuh. 

Setakat Rabu, dilaporkan sebanyak 517,107 kanak-kanak dalam golongan umur ini mendaftar untuk suntikan vaksin dibawah Program Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak (PICKids). Berdasarkan data, sebanyak 3.6 juta kanak-kanak di dalam kumpulan ini layak untuk menerima vaksin. 

Jikalau kempen kesedaran tentang kepentingan vaksin untuk kanak-kanak dibuat lebih awal lagi, dan proses pendaftaran untuk kumpulan ini dibuka sebelum 31 Januari, mungkin ‘pick-up rate’ akan lebih tinggi ... mungkin. 

Pokoknya, dengan program imunisasi kanak-kanak yang baharu sahaja bermula semalam, sememangnya akan ada ibu bapa akan mengambil pendekatan tunggu dan lihat sebelum membuat keputusan untuk mendaftarkan anak-anak mereka untuk divaksin. 

Jika pendekatan tunggu dan lihat ini mengambil masa lapan minggu atau lebih, cukupkah masa yang ada untuk memastikan golongan ini akan divaksin secepat yang mungkin tatkala jumlah jangkitan yang semakin meningkat disebabkan varian Omicron?

Tatkala kes kluster sekolah yang semakin naik, adakah kita betul-betul tidak perlu risau dengan kenaikan jangkitan di negara kita?  

Adakah kita benar-benar bersedia dan ‘have it under conrol’ atau adakah kita sebenarnya sedang berlumba dengan masa? - Getaran, 4 Februari 2022

Pearl Lee merupakan pengasas bersama dan pengarang urusan portal berita Twentytwo13. Hubungi beliau melalui Twitter @pearllee22 atau emel pearl.lee@twentytwo13.my 

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Warga Asing Guna Ubat 'Tidurkan' Kanak-Kanak Untuk Mengemis

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Kanak-kanak Maut Dilanggar Bapa Secara Tak Sengaja

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Lebih 300 Juta Kanak-Kanak Berdepan Deraan Seksual Dalam Talian Setiap Tahun

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Cakna Media Sosial: Anak-Anak Perlu Pendedahan Awal Pendidikan Digital 

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu