web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kemaafan Itu Yang Aku Pinta - Bahagian 1

Sesuatu perhubungan itu ibarat permata, sebelum ia terhempas peliharalah ia, jika ia retak perbaikilah ia, tetapi jika ia pecah untuk dicantumkan kembali ia tidak mungkin menjadi seindah dahulu.

Kolum Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2022 2:37PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sesuatu perhubungan itu ibarat permata, sebelum ia terhempas peliharalah ia, jika ia retak perbaikilah ia, tetapi jika ia pecah untuk dicantumkan kembali ia tidak mungkin menjadi seindah dahulu.

Syawal hanya tinggal sisa-sisanya sahaja. Bagi yang belum memanfaatkan sepenuhnya bulan yang mulia ini, dengan menambah pahala berpuasa enam, pastikan berbuat demikian.

“Dan barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan, kemudian mengikutinya dengan enam hari bulan Syawal, maka dia seperti berpuasa satu tahun penuh,” HR Muslim.

Syawal juga sebagai momen menjalinkan hubungan yang barangkali telah retak dengan mengambil kesempatan ini untuk bermaaf-maafan. Kerana memaafkan berupa bentuk cinta yang tertinggi dan terindah.

Memaafkan orang atas apa yang mereka lakukan atau katakan kepada kita memang tidak mudah, namun memendam amarah atau dendam terhadap orang lain akan hanya merugikan dan merosakkan diri sendiri.

Percayalah hati kamu akan tenang, dan jiwa lebih tenteram apabila memaafkan. Juga memaafkan sebagai tanda kamu seorang yang bijak dan lebih dewasa. “Maafkan semua yang menyinggungmu, bukan untuk mereka tetapi untuk diri sendiri.”

Saya hadir di sebuah rumah terbuka, mahu rasanya saya menarik tangan kedua teman itu untuk bersalaman dan bermaaf-maafan. Satu ketika mereka amat akrab tetapi kehadiran orang ketiga yang menabur fitnah lalu persengketaan bermula.

Mereka tidak lagi  bertegur sapa, oh sedihnya. Lalu kita yang berbaik dengan kedua belah pihak berasa tidak  selesa, apatah lagi tuan rumah, dia pula berasa serba salah. 

Teman, cuba kenangkan semula sewaktu kamu berdua akrab. Siapa yang datang kepadamu di tengah malam, menyusung kamu ke hospital saat kamu keseorangan, kesakitan, kerana tumpah darah? Kerana dia, anak dalam kandungan kamu selamat.

Teman, ingat siapa pula yang menyelamat kamu daripada kekejaman suami kamu, dan dia yang menanggung makan minum kamu bertahun lamanya saat kamu ditinggalkan suami sehelai sepinggang?

Mengapa, kamu percaya pada seorang yang baru kamu kenali, yang sebenarnya bermusuhan dan cuba memutuskan hubungan kamu, dan kamu percaya membabi buta?

Mengapa kamu tidak usul periksa, dan kisah akrab kamu berdua lebih 20 tahun hancur begitu sahaja. Ingat, kawan yang baik tidak akan mencelakai, tetapi menasihati, melindungi dan tulus mengasihi.

Sahabat yang baik akan berani berterus terang dan membetulkan kesalahan agar kamu tidak terus hanyut dalam dosa.

“Khianati temanmu dan kamu akan menghancurkan dirimu sendiri,” Aesop. - Getaran, 21 Mei 2022

Bersambung.

Isu Pada

Amir Masdi - Kebangkitan Seorang Rockstar

21 May 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

'Fitnah Saya Kempen Dalam Masjid, Sila Minta Maaf Dalam Tempoh 24 Jam'

2

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Kenyataan Awesome TV Biadab, Gesa Mohon Maaf Secara Terbuka - Persatuan Filem

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Hattan Diminta Mohon Maaf, ‘Jangan Hina Wartawan, Boleh Sahaja Bersikap Profesional, Sopan’

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Saya Sudah Memaafkan Pihak Di Sana (Sophia AlBarakbah), Tapi Untuk Melupakan Memang Tidak Mudah – Bella Astilah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara