web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


PM Tegaskan Hak Asasi Rakyat Palestin Mesti Dihormati

Luar Negara Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2023 7:15AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berlepas pulang ke tanah air malam tadi selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-43 di Jakarta. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam berkata hak asasi rakyat Palestin perlu dihormati dan menyeru semua negara supaya mengambil pendirian yang sama ketika membantah serangan Rusia ke atas Ukraine.

Perkara itu disampaikan Perdana Menteri semasa mesyuarat dengan pemimpin ASEAN dan negara rakan dialog termasuk Amerika Syarikat, China, Jepun, Korea Selatan, Kanada serta Australia pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-43 dan sidang lain yang berkaitan.

“... mereka menyuarakan untuk membantah serangan Rusia ke atas Ukraine tetapi suara yang sama nampak seolah-olah kelu, membisu dan tidak mengesankan bila menyentuh atau menyinggung soal Palestin.

“Jadi kita suarakan dengan tegas, hormat hak rakyat Palestin, hormat nilai kemanusiaan, hormat hak asasi,” katanya kepada media selepas menghadiri majlis penutup sidang kemuncak itu.

Anwar turut meminta Kementerian Luar untuk memberi sokongan kepada Arab Saudi yang akan bersidang di New York sempena persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu selepas dimaklumkan oleh Setiausaha Agung badan antarabangsa itu Antonio Guterres.

Beliau berkata persidangan itu bertujuan menekankan keperluan negara-negara Islam dan Eropah mengambil keputusan yang bijak dalam menangani masalah Palestin.

Perdana Menteri juga berkata Turkiye mencadangkan supaya Malaysia dan republik itu mengadakan pertemuan di New York bagi menangani isu perkauman dan Islamofobia.

“Presiden (Recep) Tayyip Erdogan meminta saya bersama-sama membantu menganjurkan satu pertemuan dalam waktu yang lebih kurang sama di New York untuk menentang sikap pelampau perkauman dan sentimen antiagama atau Islamofobia.

“… Presiden Erdogan sudah setuju dengan saya untuk menganjur pertemuan ini dan kalau boleh, kita perluaskan kepada negara-negara Islam dan negara lain yang bersama (dengan kita),” katanya.

Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berlepas pulang ke tanah air pada 9.16 malam tadi selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN di Jakarta sejak Selasa. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 15 jam yang lalu

‘Kami Tetap Teguh Walau Dikritik’ - Anwar

2

Semasa 19 jam yang lalu

Malaysia Perlu Anjakan Strategi Sektor Pelancongan - PM

3

Semasa 1 hari yang lalu

Program Matrikulasi: Kuota Bumiputera Tidak Berubah - PM

4

Semasa 2 hari yang lalu

Semua Lepasan SPM Dapat 10 A Ke Atas Berpeluang Ke Matrikulasi - PM

Sorotan

1

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

2

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

3

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

4

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

5

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

4 Negara Sah Berentap Untuk Pestabola Merdeka 2024

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Persiapan Istiadat Pertabalan Agong Sudah Di Peringkat Akhir

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Didakwa Bunuh Isteri

Semasa 1 hari yang lalu

Beli Rumah Dapat Kereta, Setiausaha Anggap Tuah Anak Baru Lahir 

oleh Sophia Ahmad