web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tembakan Di Siam Paragon : Thailand Perkenalkan Langkah Kawalan Senjata Diperketatkan

Luar Negara Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2023 11:17AM

Pusat beli-belah Siam Paragon. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Thailand melaksanakan langkah kawalan senjata yang diperketat susulan insiden tembakan di pusat beli-belah di Bangkok yang meragut dua nyawa baru-baru ini.

Ini termasuk penggantungan permit import dan penjualan semua senjata api, termasuk tiruan.

Kementerian Dalam Negeri sedang melaksanakan lapan langkah jangka pendek untuk mengawal selia pengimportan, perdagangan dan pemilikan senjata api.

Timbalan Perdana Menteri, Anutin Charnvirakul, yang juga Menteri Dalam Negeri, mengumumkan bahawa pemilik senjata api blank dan BB serta senjata api tiruan, perlu mendaftar dengan pihak berkuasa.

Anutin menegaskan bahawa Jabatan Kastam akan meningkatkan pemeriksaan import senjata api yang boleh diubahsuai menggunakan peluru hidup.

“Selain itu, Pihak Berkuasa Sukan Thailand akan melarang semua padang menembak untuk tidak membenarkan golongan muda di bawah umur 20 tahun berlatih menembak.

Semua senjata api yang dibawa ke kawasan sasar mesti didaftarkan, dan peluru tidak boleh dikeluarkan. Selain itu, senjata api itu mesti disimpan di pusat kemudahan,” katanya.

Anutin mengadakan pertemuan dengan agensi berkaitan, termasuk Polis Diraja Thai, Jabatan Kastam, Kementerian Ekonomi dan Masyarakat Digital serta Kementerian Kesihatan Awam untuk membincangkan langkah-langkah jangka pendek dan panjang bagi kawalan senjata susulan insiden Siam Paragon Mall.

Timbalan Perdana Menteri menjelaskan bahawa gabenor wilayah tidak akan mengeluarkan permit untuk individu membawa senjata dalam khalayak ramai.

Beliau juga menyatakan bahawa program senjata kebajikan tidak akan diperluaskan kepada orang awam.

Bagaimanapun, pegawai penguatkuasa undang-undang bagi pencegahan dan penindasan jenayah dikehendaki membawa senjata api, dengan pemindahan dilarang sama sekali.

Pembukaan kedai senjata api baharu juga digantung.

Anutin menggariskan kerjasama antara Kementerian Ekonomi Digital dan Masyarakat dan Polis Diraja Thai untuk menutup laman sesawang yang terlibat dalam penjualan haram dan pengubahsuaian senjata api.

Mengenai langkah jangka panjang, Anutin menjelaskan bahawa undang-undang dan peraturan kawalan senjata api sedia ada akan tertakluk kepada semakan dan pindaan.

Ini termasuk keperluan untuk pembeli senjata api mempamerkan sijil kesihatan mental yang membuktikan mereka layak memiliki senjata api.

Pemilik senjata api sedia ada akan diwajibkan memperbaharui lesen mereka setiap lima atau sepuluh tahun, dan menjalani ujian menembak dan pengenalan cap jari.

"Takrifan 'replika senjata' akan ditakrifkan semula untuk menjelaskan bahawa ia berbeza daripada tembakan kosong atau senapang BB, yang boleh diubah suai menggunakan peluru hidup," katanya.

Dalam kejadian tragis pada Selasa, seorang remaja lelaki berusia 14 tahun menggunakan pistol yang telah diubah suai hingga mengakibatkan kematian seorang warga China dan Myanmar manakala lima yang lain cedera. Remaja itu menghadapi lima pertuduhan termasuk pembunuhan terancang dan memiliki senjata api secara haram. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Rombongan Haji Thailand Mahu Belajar Cara Pengurusan Haji Malaysia 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Lelaki Israel Dibicarakan Kerana Perdagang Senjata Api, Miliki Peluru 

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Zii Jia Rangkul Gelaran Kedua Terbuka Thailand 

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Lelaki Warga Israel Tak Mengaku Salah Perdagang Senjata Api, Miliki Peluru

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia