web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bangkok Dilanda Jerebu Tebal, Seluruh Thailand Catat Udara Tidak Sihat

Luar Negara Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2024 9:50AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGKOK - Bangkok dan 66 wilayah di Thailand itu terus diselubungi jerebu dengan zarah tidak selamat pada PM2.5 direkodkan pada Khamis.

Keadaan bertambah buruk dengan jumlah titik panas akibat pembakaran meningkat kepada 1,712.

Laman sesawang pemantauan udara IQAir meletakkan Bangkok antara senarai 10 bandar paling tercemar di dunia pada Khamis.

Agensi Pembangunan Teknologi Geo-Informatik dan Angkasa (Gistda) mengesan 546 titik panas di hutan terlindung, 506 di hutan simpanan negara, 278 di kawasan pertanian, 195 di kawasan komuniti dan lain-lain, 159 di Tanah Reformasi Pertanian dan 28 di sepanjang lebuh raya.

Wilayah Kanchanaburi mempunyai jumlah titik panas tertinggi iaitu sebanyak 328.

Gistda mengesan 66 wilayah diselubungi paras tidak selamat PM 2.5 pada 8 pagi yang menyaksikan Bangkok mempunyai paras paling teruk iaitu 187.3 mikrogram setiap meter padu (ng/m°).

Di Bangkok, paras purata PM2.5 adalah antara 51.6 dan 82.6 ug/m3, setakat 2 petang (waktu tempatan).

Kerajaan menetapkan had selamat untuk PM2.5 ialah pada 37.5 ug/ma manakala garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan 25 ug/m°.

Sementara itu, Perdana Menteri Srettha Thavisin berkata pembakaran tanaman adalah antara faktor yang menyumbang kepada kemerosotan kualiti udara.

Beliau mengarahkan Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) mengambil pelbagai langkah termasuk larangan sementara aktiviti pembinaan selain pekerja bekerja dari rumah selama dua hari mulai pada Khamis.

Bagi langkah jangka panjang, beliau berkata bilangan kenderaan bahan api diesel dalam bandar perlu dikurangkan selain menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik untuk mengurangkan pelepasan daripada ekzos kenderaan.

Sementara itu, Pengarah Pejabat Ramalan Cuaca Pusat Jabatan Meteorologi Somkuan Tonjan berkata paras PM2.5 yang tinggi Bangkok disebabkan oleh udara bertakung, selain angin tenggara yang sangat ringan, menyebabkan habuk bercampur dengan kelembapan, menurut laporan PBS Thai.

Somkuan berkata peningkatan kawasan panas di Kemboja dan Myanmar turut menyumbang kepada paras PM2.5 yang tinggi.

Data Gistda juga menunjukkan negara jiran Thailand, Kemboja merekodkan 2,591 titik panas, Myanmar 1,844 , Laos 900 manakala Vietnam sebanyak 185 titik panas.
- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Rombongan Haji Thailand Mahu Belajar Cara Pengurusan Haji Malaysia 

2

Sukan 4 bulan yang lalu

Zii Jia Rangkul Gelaran Kedua Terbuka Thailand 

3

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Feri Ke Pusat Peranginan Koh Tao, Thailand Terbakar

4

Selebriti 7 bulan yang lalu

Pelakon Popular Thailand, Tay Tawan Promosikan Thailand Bersama AirAsia

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia