web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Pelantikan Presiden Indonesia Di Nusantara

Luar Negara Dikemaskini 5 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 03 Apr 2024 8:43PM

Presiden Jokowi bakal menamatkan penggal terakhirnya pada Oktober ini. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JAKARTA - Upacara pelantikan bakal Presiden Indonesia dirancang berlangsung di ibu kota Nusantara (IKN) di Kalimantan Timur, menurut Menteri Kerja Raya dan Perumahan Rakyat, Basuki Hadimuljono.

"Pelantikan presiden, Insya-Allah di sana (IKN), mengikut perancangan," katanya di Kompleks Parlimen pada Selasa seperti dilaporkan portal berita detikNews.

Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) pada 20 Mac mengumumkan Prabowo Subianto dan Gibran Rakabuming Raka sebagai pemenang rasmi pemilihan presiden dan naib presiden bagi penggal 2024-2029.

Berdasarkan Peraturan KPU mengenai tahap dan jadual Pemilihan Umum, upacara angkat sumpah presiden dan naib presiden adalah pada 20 Oktober.

Presiden Joko Widodo atau Jokowi dilaporkan akan berpindah ke pejabat baharu dari Istana Presiden di Jakarta ke IKN pada Julai setelah pembinaan lapangan terbang dan lebuh raya siap. 

Beliau bakal menamatkan penggal terakhirnya Oktober ini.

Menurut Ketua Task Force Pembangunan Infrastruktur IKN, Danis Sumadilaga, kemajuan pembangunan Istana Presiden dan dataran upacara hampir 60 peratus siap.

Dataran upacara yang terletak di hadapan Istana Presiden akan siap sepenuhnya menjelang Jun dan sedia menempatkan lebih 6,000 jemputan untuk sambutan mengingati Hari Kemerdekaan ke-79 pada 17 Ogos. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 5 bulan yang lalu

Prabowo-Gibran Diumumkan Pemenang Rasmi PILPRES 2024

2

Luar Negara 7 bulan yang lalu

PEMILU 2024: Pemimpin Dunia Ucap Tahniah Kepada Prabowo

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Syed Hamadah Dilantik Pengarah Urusan Kumpulan Dan Ketua Pegawai Eksekutif TH

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia Capai Persefahaman Pelaburan Gas Hidrogen Ke Indonesia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

Semasa 1 hari yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

Semasa 23 jam yang lalu

Polis Tahan 5 Individu, Rampas 2 Kenderaan Ada Lambang GISBH Di Bukit Kayu Hitam

Semasa 11 jam yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah