web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jawatankuasa PBB Gagal Capai Kata Sepakat Terhadap Permohonan Keahlian Palestin

Luar Negara Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2024 8:18AM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NEW YORK - Jawatankuasa Kemasukan Ahli Baharu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tidak dapat mencapai kata sepakat sama ada untuk menerima Palestin sebagai anggota penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), perwakilan tetap Malta ke PBB memberitahu Agensi Anadolu.

"Tiada kata sepakat untuk mengesyorkan keahlian," kata Perwakilan Malta yang juga Presiden kepada Majlis Keselamatan PBB untuk bulan April, lapor Agensi Anadolu.

Kenyataan itu turut menyatakan Malta akan menyediakan satu laporan mengenai isu berkenaan dan mengagihkannya kepada ahli-ahli majlis.

Wakil Tetap Malta ke PBB Vanessa Frazier berkata, kepada wartawan bahawa tiada masalah mengenai syarat keahlian, menunjukkan dua pertiga daripada jawatankuasa itu menyokong permohonan keahlian daripada Palestin.

Pada 2011, Palestin menghantar permohonan untuk menjadi anggota penuh PBB tetapi gagal mendapatkan sokongan yang diperlukan daripada ahli Majlis Keselamatan.

Bagaimanapun, wakil Palestin di PBB, Riyad Mansour mengumumkan pada 2 April beliau sudah menghantar sepucuk surat kepada Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres memohon supaya permohonan keahlian mereka dipertimbangkan.

Susulan itu, pada 3 April, Gutteres menulis surat kepada Majlis Keselamatan PBB supaya mempertimbangkan permintaan Palestin.

Proses untuk menerima ahli baharu PBB telah bermula di Majlis Keselamatan. Selepas perbincangan, majlis dijangka merujuk perkara ini kepada Jawatankuasa bagi Kemasukan Ahli Baharu.

Sekiranya jawatankuasa itu memberikan respons positif, Majlis Keselamatan PBB perlu mengundi, tanpa anggota tetapnya menggunakan kuasa veto dan sekurang-kurangnya sembilan daripada 15 anggota mengundi menyokong kepada satu keputusan positif.

Jika majlis itu meluluskannya, perkara itu akan dirujuk kepada Perhimpunan Agung PBB. Kelulusan keahlian memerlukan undi majoriti dua pertiga daripada 193 ahli PBB.

Sejak 1974, Palestin menyertai PBB sebagai pemerhati. - BERNAMA-ANADOLU

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

2

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Biar Dibedil Biar Dijajah, Iman Kami Tetap Tak Goyah!

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Vandalisme, Serang McDonald’s Malaysia Tidak Seharusnya Berlaku, Ancam Keselamatan Pekerja

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Serangan Israel Di Rafah: Rakyat Palestin Tidak Ulangi Nakba 1948

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia