web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Disambar Universal Music Malaysia, Insomniacks Buktikan Mereka Punya Nilai 

Sejak Mac lalu, Insomniacks secara rasmi telah menjadi artis rakaman baharu yang menyertai label antarabangsa yang cukup rancak mengeluarkan rakaman artis-artis yang berada di bawah naungan mereka. 

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2021 2:38PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Agak sukar sebenarnya mencari sebuah band muzik rock yang penuh dengan stail, memiliki identiti muzik sendiri, boleh bermain muzik dengan baik dan pada waktu sama menulis sendiri lagu-lagu mereka. 

Semua ini ada pada Insomniacks yang dianggotai Syed Mir Iqbal Syed Adeli (Iqie) selaku vokalis dan gitar utama; Ahmad Danial Ahmad Roslan (Danial) gitar ritma; Wan Arif Iskandar Adnan (Iskandar) pemain bass dan Gavin Wong (Gavin) pemain dram. 

Sayangnya, Sony Music Malaysia telah melepaskan empat pemuda yang berbakat ini selepas empat tahun kontrak bersama label tersebut tamat pada awal tahun ini dan peluang ini bagaimanapun diambil Universal Music Malaysia untuk menyambar mereka.

Sejak Mac lalu, Insomniacks secara rasmi telah menjadi artis rakaman baharu yang menyertai label antarabangsa itu yang cukup rancak mengeluarkan rakaman artis-artis yang berada di bawah naungan mereka. 

Wan Arif Iskandar mewakili Insomniacks berkata, tawaran yang diterima syarikat rakaman Universal Music Malaysia adalah satu penghormatan buat mereka, apatah lagi label antarabangsa itu mempunyai reputasi yang baik.

“Tawaran yang datang juga disertakan dengan pelbagai perancangan yang menarik untuk masa depan band kami. Jadi, kami berasakan ia bagus untuk jenama dan kerjaya muzik kami pada masa akan datang.

“Paling penting, tawaran mereka itu juga adalah sesuatu yang kami mahukan selama ini terutama dari segi penghasilan lagu. Pendek kata, kami yakin berada di bawah syarikat rakaman ini,” katanya.

Menurut Iskandar pula, kontrak itu akan dimanfaatkan sebaik mungkin yang mana sebagai permulaan Insomniacks merancang untuk melancarkan tiga lagu sebelum penghujung tahun ini.

“Kami menandatangani kontrak bersama Universal Music sewaktu kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, jadi banyak perancangan tergendala. 

“Apabila aktiviti seni dan hiburan dibenarkan beroperasi semula, insya-Allah, kami merancang untuk melancarkan sekurang-kurangnya tiga single tahun ini.

“Ia terdiri daripada dua lagu versi rakaman semula 'Pulang' dan 'Reminisensi', selepas itu menyusul single baru. Hala tuju muzik untuk lagu baru nanti tak banyak beza dengan kebanyakan single yang pernah dilancarkan sebelum ini. 

“Cuma, dari segi bunyi mungkin ada kelainan sedikit kerana kami mahu ia kedengaran lebih ‘matang’. Genre pula sama iaitu rock kerana kami masih belum puas dengan muzik ini,” katanya.

Insomniacks yang kesemuanya berusia 24 tahun ini secara realitinya sudah lama saling mengenal dan berkawan baik. Maka, tidak hairanlah jika aliran muzik dan keserasian mereka dalam berkarya cukup ‘hidup’.

“Kami selesa mencipta dan tulis lagu sendiri. Kami seronok dapat berkarya bersama. Namun, kami juga terbuka kalau ada mana-mana komposer mahu bekerjasama. Kami okay dan tidak ada masalah. Sebelum ini, kami pernah bekerjasama dengan Faizal Tahir. 

“Bersama Universal Music, mereka juga okay kalau kami bikin lagu sendiri. Ini kerana mereka tahu kami suka tulis lagu. Dalam masa sama, kami faham keperluan mereka untuk lagu-lagu yang lebih komersial. Jadi, tidak ada masalah mencuba, mana yang terbaik kami terima.

“Bagi semua karya yang pernah dihasilkan, lirik adalah berdasarkan pengalaman sendiri dan kawan. Cuma, ada sedikit elemen fantasi supaya ia lebih menarik untuk disampaikan,” kata Wan Arif. 

Sesuatu yang membanggakan buat Insomniacks juga apabila single 'Pulang' menjadi juara Carta RIM selama 146 minggu.

“Kami bangga dengan lagu ini. Sewaktu menulis lagu ini kami sudah berasa ia sangat istimewa. Apabila ia berjaya dan diterima baik, memang kami sangat gembira.  Sampai sekarang pun ramai yang cakap, mereka suka lagu ini.”

“Malah, kalau kami bawakan lagu ini ramai turut menyanyi bersama. Terima kasih kepada semua yang sudah dan terus menyokong kami. Tanpa sokongan semua pihak, kami takkan berada di tahap ini,” kata Wan Arif lagi. 

Berkongsi sasaran dan impian Insomniacks, Iskandar berkata mereka mahu membawa muzik dan memperkenalkan jenama mereka menerusi siri jelajah di seluruh Malaysia.

“Sasaran kami sejak dulu lagi adalah mahu menjelajah seluruh tanah air. Sebelum ini sudah pernah tetapi hanya di beberapa negeri sahaja. Jadi, kalau keadaan negara sudah membenarkan semua aktiviti hiburan digerakkan semula, kami mahu teruskan jelajah ini. 

“Dalam masa sama, sambutan peminat terhadap Insomniacks juga semakin bagus. Apatah lagi kami turut buat sesi siaran langsung streaming pada setiap Jumaat di YouTube selain mewujudkan kumpulan Telegram, Maniacks. Dari situ mereka lebih mengenali kami,” katanya.

Sementara itu, Pengarah A&R dan Pemasaran Universal Music Malaysia, Hermond Cheng berkata, Insomniacks adalah sebuah band yang unik.

“Antara sebab kami ‘mengikat’ Insomniacks bernaung di bawah Universal Music adalah kerana mereka penuh keaslian. Kesungguhan dan dedikasi mereka terhadap muzik menarik perhatian kami. Pendek kata, mereka mempunyai ciri-ciri yang kami mahukan ketika menandatangani artis.

“Sudah pasti kami mempunyai perancangan yang sudah disusun buat mereka. Tidak lama lagi, kami akan melancarkan beberapa single baharu mereka selain perancangan yang lebih menarik pada masa akan datang. 

“Punya bakat besar dan berkebolehan menghasilkan lagu, kami percaya Insomniacks boleh pergi jauh seterusnya menjadi band terkenal," katanya. - Getaran, 27 September 2021

Gambar: Universal Music Malaysia

Berita Berkaitan

1

Muzik 5 hari yang lalu

Insomniacks Duet Dengan Bintang Indonesian Idol Musim Ke-12 

2

Muzik 1 minggu yang lalu

Negara Perlukan Lebih Ramai Pengkarya Lagu Patriotik

3

Muzik 1 minggu yang lalu

3 Kategori Utama Tiket Konsert Solo Terakhir Datuk Awie Habis Dijual

4

Muzik 3 minggu yang lalu

Aina Abdul, Ernie Zakri Bakal Berduet Lagu 'Kurik Kundi' Di Konsert Destiny Of Music

Sorotan

1

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

2

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

3

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

4

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

5

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

Disyorkan untuk anda

Muzik 19 jam yang lalu

Tiket Untuk Menyaksikan Indonesian Music Festival Dijual Serendah RM188

oleh Wartawan Hiburan Getaran