web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Menyentuh Hati! Lagu 'MemandangMu' Ilham daripada Ayat Al-Quran

Aidit Alfian berganding suara dengan anaknya, Teguh Budiman untuk menyanyikan runut bunyi drama Nurflix, 'I.C.U'

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2021 8:45AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lagu yang menjadi runut bunyi sebuah drama platform penstriman Nurflix bertajuk, 'I.C.U' ini merupakan hasil karya gandingan keluarga berbakat iaitu komposer terkenal Aidit Alfian bersama anak keduanya,Teguh Budiman. 

Lagu berjudul 'MemandangMu' ini ditulis bagi mengungkap makna istilah cinta. Lirik yang ditulis oleh Aidit Alfian, Raja Mukhlis dan Bakhtiar Effendy ini menceritakan satu demi satu pencarian cinta dan perjuangan mendekati Pencipta. 

“Lagu ini menceritakan kisah mencintai Tuhan. Mencintai itu senang, tetapi ia mesti datang dengan sifat penyerahan. Kalau tak kenal Tuhan, bagaimana untuk cinta?,” ujarnya yang juga merupakan komposer lagu 'Tak Tercapai Akalmu'.

Aidit turut berkongsi proses menghasilkan lagu ini memerlukan penghayatan yang dalam memandangkan lirik yang diberikan oleh Raja Mukhlis ini menceritakan tentang cahaya di balik gelita yang diambil daripada surah Al Baqarah ayat 115 dan An Nur ayat 35. 

Menurut Aidit lagi, cabaran awal buat dirinya adalah rakaman vokal yang mengambil masa hampir sebulan kerana dia sangat mementingkan kualiti suara.

“Paling mencabar ialah bila saya kena jaga vokal dan nyanyian, maklumlah saya bukan penyanyi. Proses rakaman berjalan dengan baik walaupun ia dilakukan di rumah memandangkan  waktu itu musim PKP,”ceritanya lagi.

Teguh (kiri) dan Aidit (kanan)
Teguh (kiri) dan Aidit (kanan)

Menyentuh tentang pemilihan Teguh sebagai regu dalam lagu ini, Aidit mengakui itu memang pilihannya sendiri kerana mahu beradu suara dengan anaknya. 

“Lagu ini 'kena' dengan drama ini yang menceritakan tentang hubungan anak dan bapa. Tidak susah untuk menjaga vokal Teguh kerana kami senang berkomunikasi dan dia pula boleh bernyanyi sambil berdiri lama. Bukan mudah untuk seorang penyanyi berdiri lama dan bertahan tetapi dia mampu lakukan,” komen Aidit tentang Teguh yang kini berusia 23 tahun. 

Apabila ditanyakan momen dan pengalaman bernyanyi bersama Aidit, Teguh mengakui dia berasa selesa dibimbing oleh bapanya sendiri. 

“Untuk menjiwai lagu yang berunsur kerohanian ini, dengan kehadiran bapa, tenaga senang disebarkan. Cabaran dipermudahkan,” katanya yang meminati lagu-lagu nyanyian Iwan Fals dan Damian Rice ini. 

Namun akui Teguh, dia agak gemuruh ketika melakukan penggambaran video muzik lagu ini di Istana Budaya. Mengambil masa satu hari suntuk, ini merupakan pengalaman sulung Teguh menjayakan penggambaran video muzik arahan Saiem Muhammad.

“Saya berharap lagu ini boleh diterima khalayak dan difahami. Namun, apa yang paling penting, semoga lagu ini diredhai,” katanya.

Anda boleh mendengarkan versi penuh lagu 'MemandangMu' di platform, Nurflix. 

Gambar: Aidit Alfian

Berita Berkaitan

1

Muzik 6 bulan yang lalu

Ria Ramadan, Kolaborasi Unik Kumpulan Venus dan UNIC 

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Kecoh! Video Helo Kuala Lumpur Di Youtube Jadi Kontroversi Di Indonesia?

3

Muzik 1 tahun yang lalu

Lagu Terakhir Beatles Disiapkan Dengan Bantuan AI

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Kenapa Janna Nick Sanggup Seksa Diri Untuk Bersenam? Bukan Pasal lelaki Atau Nak Nampak Seksi, Tapi Ini Sebabnya…. 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara