web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


RWMF 2022 Sokong Program Inisiatif Penghijauan

Menerusi inisiatif itu, bagi setiap tiket berharga RM25 yang dijual, RM10 akan disumbangkan untuk aktiviti penanaman pokok yang akan diadakan selepas festival itu.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2022 7:45PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2022 kali ini lebih menarik apabila penonton maya festival itu berpeluang mengambil bahagian dalam inisiatif penghijauan oleh Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) iaitu program ecoGreenPlanet.

Ketua Pegawai Eksekutif STB Sharzede Salleh Askor berkata menerusi inisiatif itu, bagi setiap tiket berharga RM25 yang dijual RM10 akan disumbangkan untuk aktiviti penanaman pokok yang akan diadakan selepas festival itu.

Gambar fail RWMF
Gambar fail RWMF

“Setakat ini, kita ada 4,500 batang pokok bakau dan ia akan selesai ditanam, kita akan melihat bulan depan sebaik sahaja keseluruhan projek siap.

“Kami melakukannya sebagai program inklusif...mereka yang tidak dapat hadir ke sini untuk menyertai festival itu akan seronok dan dapat melindungi planet ini. Jadi, bayangkan anda menonton sambil menyelamatkan planet ini,” katanya pada sidang media RWMF di sini hari ini.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata 12,000 pengunjung akan menghadiri festival tiga hari itu yang akan bermula Jumaat ini.

Beliau berkata berikutan beberapa negara masih melaksanakan sekatan perjalanan, jumlah pengunjung agak berkurangan berbanding tahun sebelumnya.

“Saya percaya mereka yang tinggal di Kuching akan datang pada saat-saat akhir untuk membeli tiket dan sasaran 12,000 pengunjung tidak mustahil dicapai,” katanya.

Abdul Karim berkata pengunjung festival juga digalakkan menggunakan perkhidmatan bas ulang-alik yang disediakan di tiga hentian di pusat bandar iaitu pusat beli-belah The Hills, Hotel Riverside Majestic dan Plaza Merdeka.

Festival tahun ini dengan tema ‘25th Legendary Rainforest Celebration’, RWMF akan menampilkan penghibur dari pelbagai negara termasuk China, Australia, India, Singapura, Indonesia, Kanada, Estonia, Itali, Jepun, Madagascar, Amerika Syarikat dan Vietnam yang menyaksikan lebih ramai persembahan individu berbanding sebelum ini secara langsung di pentas serta secara maya.

Maklumat lanjut mengenai perkhidmatan bas ulang-alik dan RWMF 2022, sila layari laman web rwmf.net atau Facebook, Twitter dan Instagram rasmi STB. - Bernama

Sumber: Gambar fail RWMF 

 

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

4

Sukan 1 bulan yang lalu

SUKMA 2024: Sarawak Terus Cemerlang, Dahului Carta Kutipan Pingat

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara