web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Konsert ‘Glow In Dark’ Anirudh Gegarkan Axiata Arena

Penyanyi itu membuat penyertaan hebat di atas pentas sambil diserikan penglibatan penonton memakai gelang tangan Xyloband, mengandungi diod pemancar cahaya LED yang menerangi seluruh venue.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Sep 2022 6:00PM

Anirudh mempersembahkan sebanyak 43 lagu untuk peminatnya sepanjang konsert yang berlangsung empat jam itu - Gambar ihsan MC Entertainment

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bintang rock India Anirudh Ravichander memukau kira-kira 9,000 peminat menerusi konsert ‘glow in the dark’ di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Sabtu, yang merupakan konsert pertama pernah dilakukan artis India di Malaysia.

Penyanyi berusia 31 tahun itu membuat penyertaan hebat di atas pentas dengan lagu hitnya 'Once Upon A Time', sambil diserikan penglibatan penonton memakai gelang tangan Xyloband, mengandungi diod pemancar cahaya LED yang menerangi seluruh venue, sekali gus mencetuskan suasana menakjubkan.

Anirudh yang berwajah keanak-anakan memukau penonton dengan lagu-lagu dan persembahannya yang bertenaga dalam set pertama dan seterusnya peminat diberikan kejutan istimewa apabila beliau bermain keyboard ketika mempersembahkan lagu-lagu hitnya seperti 'Po Nee Po dan Kanave Kanave'.

Anak pelakon India selatan Ravi Raghavendra, dan anak saudara pelakon tersohor India Rajinikanth dan Latha Rajinikanth itu mempersembahkan sebanyak 43 lagu untuk peminatnya konsert yang berlangsung empat jam dan diakhiri dengan lagu kegemaran ramai, 'Arabic Koothu'.

Anirudh ialah komposer muzik India yang memenangi pelbagai anugerah, penyanyi playback, penerbit dan pemain muzik yang paling diiktiraf dalam industri filem Tamil
Anirudh ialah komposer muzik India yang memenangi pelbagai anugerah, penyanyi playback, penerbit dan pemain muzik yang paling diiktiraf dalam industri filem Tamil

Anirudh turut diiringi penyanyi wanita Jonita Gandhi, Ravi G, Naan Pizhai dan Aditya Radhakrishnan turut mengamit kehadiran peminat tempatan dari seluruh negara.

Sempena Hari Malaysia pada 16 Sept, para penonton bersama-sama menyanyikan lagu 'Negaraku' sebelum konsert bermula manakala kumpulan Dhol terkenal Malaysia Dhol Ambassadors dan Tirusuli Aiyanar Urumi Melam turut memastikan penonton sentiasa bertenaga semasa waktu rehat.

Anirudh, seorang daripada pengarah muzik popular India kembali ke Malaysa buat kali ketiga turut mengucapkan terima kasih kepada peminat Malaysia atas kasih sayang dan tenaga mereka yang menjadikan konsert malam Sabtu lepas sebagai malam terbaik dalam hidupnya.

Anirudh ialah komposer muzik India yang memenangi pelbagai anugerah, penyanyi playback, penerbit dan pemain muzik yang paling diiktiraf dalam industri filem Tamil.

Penyanyi itu membuat penampilan sulungnya sebagai komposer muzik pada 2011 dalam usia 21 tahun untuk tiga filem dan lagu daripada filem, 'Why This Kolaveri Di' menjadi video YouTube yang paling banyak ditonton di India dan mencetuskan sensasi dalam talian global.

'Once Upon A Time Tour' di KL yang dianjurkan oleh MC Entertainment dan disokong oleh Tourism Malaysia, merupakan permulaan jelajah Anirudh yang akan diteruskan ke Chennai dan Coimbatore di India dan London, United Kingdom. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Tanah Jerlus: Operasi SAR Dihentikan, Kini Masuki Fasa 'Search And Recovery'

3

Semasa 1 bulan yang lalu

PM Tingkat Hubungan Dengan India, Raih Komitmen Pelaburan RM4.5 Bilion

4

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia