web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


'Saya Bagi Nasihat Dalam Lagu Untuk Diri Saya Dahulu' - Faizal Tahir Kini Tampil Dengan Single Baharu ‘Santai’ 

'Santai' adalah berkisarkan kepada sikap manusia yang tergesa-gesa dalam melakukan sesuatu. Ia disampaikan secara berkias namun mempunyai maksud mendalam.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2022 12:05PM

Faizal Tahir - Gambar oleh Universal Music Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas mengangkat hal rumah tangga dalam lagu ‘Ragaman’, penyanyi Faizal atau nama sebenar, Ahmad Faizal Mohammad Tahir, 41, bercerita pula mengenai kecenderungan manusia yang bersikap tergesa-gesa menerusi single baharu, ‘Santai’.

‘Santai’ yang diterbitkan Faithful Music menyaksikan kolaborasi antara penyanyi dan komposer berusia 43 tahun itu dengan Ezra Kong.

Menurut Faizal, idea menghasilkan single Santai tiba secara spontan.

“Idea itu datang apabila Ezra menyebut perkataan santai dalam sesi menulis lagu. Idea lirik dan hala tuju lagu secara keseluruhan berkisar sikap kita yang sentiasa tergesa-gesa atau terburu-buru dalam melakukan atau mendapatkan sesuatu.

“Malah, sikap tergesa-gesa manusia disebut Allah SWT dalam al-Quran,” katanya.

Begitupun kata bekas ahli kumpulan nasyid, Mirwana itu, ‘Santai’ bukanlah satu kesinambungan ‘Ragaman’. 

“Mesej Ragaman lebih 'direct' dan 'straight forward' mengenai ragam kehidupan suami isteri. Sementara lirik lagu Santai lebih berkias dan boleh diguna pakai dalam apa saja situasi kehidupan harian kita,” tambahnya.

Menurut Faizal lagi, sama seperti kebanyakan lagu yang pernah dihasilkan, dia tidak hanya memberi fokus kepada komposisi lagu berkenaan, malah mengutamakan mesej yang ingin disampaikan kepada masyarakat.

“Kelebihan lagu ‘Santai' ini adalah dalam mesej dan cara penyampaiannya. Lagu ini membawa getaran yang sangat santai dan mudah dihadam berbagai lapisan masyarakat,” katanya.

Jelas Faizal, kebanyakan lagu yang dihasilkan sejak kebelakangan ini membawa mesej yang dekat dengan kehidupan seharian atau kritikan sosial. 

Bagi Faizal, ia merupakan cara terbaik untuk memberikan kesedaran dan nasihat kepada dirinya serta orang ramai.

“Kita lebih mudah memahami serta menghadam perkara yang lebih dekat dengan kita. Setiap nasihat atau teguran dalam karya saya adalah untuk diri saya sendiri terlebih dahulu. 

“Saya harus memahami dan mampu menghadam mesej dari karya saya terlebih dahulu. Itu yang paling penting. Sekiranya pendengar mendapat manfaat dari karya saya maka ia adalah satu bonus,” ujarnya.

Sementara itu, Ezra yang turut bertindak selaku penerbit lagu ‘Santai’ ini berkata, ia karya yang cukup dekat dalam kehidupan seharian.

Malah, Ezra melihat mesej yang cuba disampaikan dalam lagu ‘Santai’ ini perlu dijadikan iktibar sekali gus mengelakkan sebarang masalah pada masa akan datang.

“Lumrah kehidupan masa kini membuatkan kita menjadi semakin terdesak untuk memperoleh kekayaan dunia dalam waktu singkat.

“Sebenarnya, wang ringgit, harta, pangkat, kereta mewah, berpoligami hanyalah selingan sementara daripada kesengsaraan dan realiti yang perlu dihadapi setiap insan.

“Sebab itu dalam lagu ini, Faizal menyeru agar kita selalu santai dan tidak bertindak secara terburu-buru. Kuda yang tua memanglah tak laju seperti dulu, namun tetap 'steady' dan padu,” katanya. - Getaran, 27 September 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara