web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: Mantan Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin meninggal dunia pada usia 86 tahun hari ini 1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan

IKUTI KAMI


Jamal Abdillah Terima Permohonan Maaf Roslan Shah, Mahu Lupakan Pertelingkahan Mereka 

Penyanyi lagenda ini juga memberitahu, dia bakal menjayakan Konsert Canggung di Kangar, Perlis pada 20 Oktober ini. 

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2022 10:01PM

Jamal Abdillah - Gambar ihsan Zeel Productions 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah, 63, menerima permohonan maaf yang dibuat oleh pengacara Roslan Shah, menerusi program Melodi TV3 berhubung isu namanya digunakan sewenang-wenangnya untuk sebuah acara di Singapura. 

Jamal berkata, walaupun permohonan maaf berkenaan tidak dilakukan Roslan secara bersemuka, namun dia tetap menerimanya dengan hati yang ikhlas dan memilih untuk melupakan pertelingkahan yang berlaku di antara mereka.

“Walaupun bukan secara terus kepada saya, yang pasti Roslan sudah meminta maaf kepada saya menerusi media berhubung insiden yang berlaku dua minggu lalu.

“Saya kenal Roslan lama dan apabila berlaku benda-benda sebegini, memang tak 'best'. Apapun, saya tetap menerima permohonan maaf dibuatnya dalam program Melodi itu dengan hati terbuka.

“Lagipun saya tidak ingin panjangkan isu ini lagi. Benda yang baiklah, kalau memaafkan atau memohon maaf. Kita lupakan benda- benda yang dah lepas itu,” katanya kepada media ketika ditemui pada sidang media Konsert Canggung Datuk Jamal Abdillah semalam.

Roslan Shah
Roslan Shah

Menurut Raja Pop negara itu, dunia hiburan ini kecil dan dia tidak ingin bermasam muka dengan mana-mana pihak selain menyatakan kesediaan untuk bersemuka dengan Roslan kelak.

Dua minggu lalu, perbalahan tercetus antara Jamal dan Roslan apabila Roslan mendakwa dia terpaksa menanggung kerugian lebih RM30,000 susulan ketidakhadiran Jamal untuk membuat persembahan dalam pameran ekspo yang berlangsung di Singapura. 

Roslan bagaimanapun menganggap apa yang berlaku sebagai dugaan kepadanya untuk mengerjakan umrah. Difahamkan, Roslan kini berada di Tanah Suci selepas berangkat ke sana pada 27 September lalu.

Kisah perbalahan itu menarik perhatian ramai apabila Roslan membuat perkongsian di akaun Instagram Story miliknya dan meluahkan kekecewaan terhadap apa yang berlaku serta menyatakan bahawa dia bukan mahu bergaduh dengan sesiapa.

Konsert Canggung bakal diadakan pada hujung bulan Oktober ini.
Konsert Canggung bakal diadakan pada hujung bulan Oktober ini.

Dalam perkembangan lain, Jamal ketika ditanya mengenai Konsert Canggung Datuk Jamal Abdillah yang akan diadakan hujung Oktober ini, Jamal berkata dia teruja dengan penganjuran tersebut yang turut menampilkan beberapa penyanyi terkenal.

“Saya amat bersyukur dengan fasa endemik sekarang, ia membawa limpahan rezeki kepada saya dan keluarga. 

“Banyak tawaran persembahan diterima daripada pihak-pihak yang berhubung terus dengan isteri saya, Datin Zai Izzati Khiruddin,” ujarnya.

Jamal berkata, jadualnya amat padat kerana selang sehari pasti ada persembahan nyanyian yang dijayakan.

Dari kiri Wany Hasrita, Jamal dan Fadzil Teh pada sidang media mengumumkan penganjuran Konsert Canggung.
Dari kiri Wany Hasrita, Jamal dan Fadzil Teh pada sidang media mengumumkan penganjuran Konsert Canggung.

Dalam pada itu, penganjur yang juga penerbit Zeel Productions Sdn Bhd, Fadzil Teh berkata, konsert ‘Canggung’ adalah buah tangan sulung syarikatnya dalam penganjuran persembahan pentas selain ingin menampilkan sesuatu yang berbeza. 

“Sebenarnya sudah lama kami nak menganjurkan konsert, cuma disebabkan suasana semasa dalam negara termasuk penularan pandemik COVID-19,  ia terpaksa ditunda dulu. Alhamdulillah, selepas semuanya kembali okay, kami telah merancang konsert dengan beliau.

“Mesti ramai tertanya-tanya kenapa 'canggung'. Canggung adalah sejenis tarian yang berasal dari Perlis dan popular di Kedah, Perlis serta Pulau Pinang. Tarian ini dicipta seorang ahli tarian dari Kangar selepas Perang Dunia Kedua” katanya.

Menurut Fadzil, bukan hanya Jamal, konsert itu turut menampilkan penyanyi istimewa seperti Wany Hasrita, Khai Bahar, Aweera dan Amelina.

Konsert ‘Canggung’ Datuk Jamal Abdillah akan diadakan di Dewan 2020, Kangar Perlis pada Oktober ini. - Getaran, 30 September 2022.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia