web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tak Pernah Menyesal Lalui Pengalaman Sukar Sebagai Penyanyi, Aman Aziz Kini Pertaruhkan 'Satu Hari Saat Hujan'

Bekas Naib Juara Akademi Fantasia Musim Ke-11 ini juga mengakui lebih selesa membawakan lagu genre balada yang lebih dekat dengan jiwanya. 

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jan 2023 6:00PM

Aman Aziz kini muncul dengan single terbaharu 'Satu Hari Saat Hujan'. - Gambar Aman Aziz

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tatkala melangkah dalam industri hiburan selepas meraih trofi naib juara, Akademi Fantasia musim ke-11, Aman Aziz juga sama seperti penyanyi lain mengharapkan perjalanan kerjaya yang mulus dan bertahan.

Doanya itu termakbul apabila beberapa single seperti 'Without You' dan 'Sulit' berjaya meletakkan namanya pada kedudukan selesa. Anak kelahiran Klebang, Melaka berusia 29 tahun itu mampu berbangga dengan pencapaiannya.

Namun, ternyata semua itu hanya bersifat sementara. Aman akur, sebagai manusia, dia hanya mampu merancang, namun segala penentu terhadap semua perancangannya adalah Allah SWT.

Gambar oleh Aman Aziz
Gambar oleh Aman Aziz

Menyesal? Sudah tentu tidak kerana kata Aman atau nama lengkapnya, Mohammad Razman Abdul Aziz, segala kesulitan dan kepayahan yang dilalui untuk mengekalkan nama membentuknya menjadi insan yang teguh berdiri.

Buktinya, selepas menghadirkan single rancak, 'Tunggu Lama' dan lagu cover dari kumpulan Medicine, 'Tika dan Saat Ini', nama Aman Aziz mula disebut sebut kembali. Tambahan pula lagu 'Tika dan Saat' ini menjadi juara carta lagu radio untuk 3 minggu berturut turut. 

Kini Aman Aziz kembali dengan mempertaruhkan single terbaru, 'Satu Hari Saat Hujan'. 

Kembali beralih kepada sentuhan balada, Aman berkata, lagu itu menerima cetusan ideanya bersama Amzar Razqa dan Acu, manakala lirik pula diilhamkannya dan Acu bersama Hanis Rafi.

“Bukan tidak selesa membawakan lagu rancak, namun saya perlu menerima kenyataan genre balada lebih dekat dengan diri dan secara keseluruhannya, peminat muzik tempatan. Saya akui, kekuatan saya pada lagu balada.

“Disebabkan itu, saya tidak menoleh ke belakang apabila syarikat pengurusan mengusulkan untuk tampil dengan single balada. Memandangkan saya sudah ada sedikit pengalaman di studio, kami duduk bersama untuk menghasilkan 'Satu Hari Saat Hujan',” katanya.

Gambar oleh Aman Aziz
Gambar oleh Aman Aziz

Single edaran New Southern Records (NSR) Malaysia yang telah pun berada di pasaran pada 30 September lalu itu disifatkan Aman Aziz sebagai mempunyai kekuatan tersendiri.

 “Kekuatan Satu Hari Saat Hujan adalah cerita di sebalik lagu itu sendiri. Setiap manusia yang melalui episod percintaan, pasti pernah berdepan pelbagai ujian dan dugaan. Tidak semua percintaan itu berakhir dengan kemanisan.

“Lagu ini berkisar mengenai kisah pasangan yang melalui episod percintaan, namun berakhir kesedihan apabila mereka tidak dapat bersama. Dari situ, mereka belajar untuk menerima kenyataan, cinta tidak seharusnya memiliki,” katanya.

Turut aktif meneroka bidang lakonan dan pengacaraan, Aman berharap, lagu itu akan diterima baik peminat den menjadi bualan apabila dilancarkan kelak.

“Tidak mudah sebenarnya, apatah lagi saya kini bergerak sendiri. Namun, saya lebih selesa dan senang begitu kerana lebih mudah untuk menentukan haluan kerjaya sendirii. Setidak-tidaknya, saya temui kepuasan di sebalik kesulitan itu.

“Bermula dari bawah, saya banyak belajar selok-belok dunia rakaman. Alhamdulillah, saya bersyukur dan berterima kasih kepada Allah SWT kerana berpeluang melalui pengalaman ini. Jika semuanya berjalan lancar, mungkin tidak banyak yang saya belajar.

“Saya tidak kesal melalui pengalaman sukar ini kerana ia banyak mematangkan dan mendewasakan diri. Ia mendidik saya supaya lebih teliti mengatur langkah sekiranya mahu terus ke depan,” katanya.

Gambar oleh Aman Aziz
Gambar oleh Aman Aziz

Untuk memastikan kesempurnaan ketika proses rakaman, Aman mendapatkan khidmat Afif Tirmizie membantunya dari sudut vokal.

“Afif banyak membimbing saya, malah dia yang membantu untuk menjaga vokal ketika proses rakaman. Dari satu sudut, saya lega kerana Afif banyak mengajar untuk saya menterjemahkan lagu dengan lebih berkesan,” katanya.

Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan kata Aman, ketika mereka menjalani penggambaran video muzik 'Satu Hari Saat Hujan' di Hulu Langat, Selangor.

“Banyak cabaran yang menguji perasaan, terutama dari segi masa dan perubahan cuaca. Ketika penggambaran, cuaca tidak menentu dan memandangkan penggambaran dilakukan di luar, kami seharian bermandi hujan.

“Alhamdulillah, segala yang kami rancang dapat dilunaskan dengan baik. Situasi itu seolah-olah kena dengan judul lagu ini, 'Satu Hari Saat Hujan',” katanya.

Menyentuh perancangan kerjaya, Aman berkata, dia akan terus berusaha untuk mengukuhkan posisinya dalam industri muzik, meskipun terpaksa berdepan saingan sengit daripada bakat baharu yang tumbuh bagaikan cendawan.

“Kehadiran mereka mengingatkan saya supaya tidak berhenti berusaha. Saya bertuah kerana mempunyai pasukan yang sentiasa menyokong dan memberi semangat untuk terus melangkah,” katanya. – Getaran, 25 Januari 2023 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Reeve Damien Akui Tugas Sebagai Pengarah Muzik Suke TV  Mencabar, Anak AC Mizal Teringin Berkolaborasi Dengan Sonaone 

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Aiman Tino Rancang Jadi Penerbit Program ‘Travelog’

3

Muzik 1 tahun yang lalu

Ayu Damit Nafi Lagu ‘Kejam’ Yang Berkisar Tentang Kecurangan Punya Kaitan Dengan Isu Syamsul Yusof 

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Amir Masdi Lancar Lagu Baru Berjudul ‘Sengaja’ Atas Kapal Persiaran Mewah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara