web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ayu Damit Nafi Lagu ‘Kejam’ Yang Berkisar Tentang Kecurangan Punya Kaitan Dengan Isu Syamsul Yusof 

“Saya sengaja memilih genre balada kerana mahu menonjolkan kemampuan vokal saya dalam sisi berbeza dengan sentuhan melodi ala 90-an namun tetap kedengaran ‘fresh’ dan baharu,” kata Ayu.

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2023 8:00PM

‘Kejam’ adalah hasil ciptaan komposer muda Khairul Daniel, manakala liriknya ditulis sendiri oleh Ayu bersama Slen dan Jay. - Gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi Ayu Damit yang pernah menyandang gelaran juara program realiti, One In A Million mengakui terkejut apabila ada pihak yang mengaitkan single baharunya, ‘Kejam’ dengan isu Syamsul Yusof yang telah berkahwin lagi di Selatan Thai tanpa pengetahuan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana. 

“Memang ‘Kejam’ adalah sebuat lagu yang berkisar tentang kecurangan tetapi ia tiada kaitan pun dengan isu Syamsul Yusof. Tapi, disebabkan single ini secara kebetulan keluar pada malam hari yang sama Syamsul mengumumkan tentang perkahwinannya, maka ramai yang mengaitkan lagu ini dengannya. 

“Padahal, ia sama sekali tidak punya kaitan kerana proses menyiapkan lagu ini telah dilakukan pada bulan Februari hingga Oktober tahun lalu,” katanya. 

Ayu mengakui single 'Kejam' tiada kaitan dengan kehidupan peribadi sesiapa. - Gambar Instagram
Ayu mengakui single 'Kejam' tiada kaitan dengan kehidupan peribadi sesiapa. - Gambar Instagram

Mengulas lebih lanjut tentang ‘Kejam’ yang merupakan hasil ciptaan komposer muda Khairul Daniel, manakala liriknya ditulis sendiri oleh Ayu bersama Slen dan Jay. Ayu berkata, dia bersyukur kerana penantian selama dua tahun akhirnya berbaloi dengan kelahiran single tersebut. 

"Pelbagai rintangan yang terpaksa saya hadapi bagi menyiapkan lagu ini. Apa tidaknya, hampir setahun masa diperuntukkan untuk sampai ke tahap ini, namun saya akur ini adalah ketentuan-Nya kerana kita hanya mampu merancang dan Tuhan yang menentukan segalanya,” ujar mahasiswa Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Vokal Klasikal di Aswara.

Single ‘Kejam’ terbitan Ayu Damit Entertainment terhasil bertitik tolak dari usaha Ayu sendiri bersama suami tercinta iaitu Syed Fauzi Syed Baharuddin yang sentiasa mendukungi setiap keputusan yang diambilnya sehingga sanggup mengeluarkan modal sendiri dan tidak mengharapkan mana-mana tajaan kerana terlalu serik dengan pengalaman lalu.

‘Kejam’ menceritakan tentang kecurangan dan perhubungan yang bertepuk sebelah tangan. - Gambar Instagram
‘Kejam’ menceritakan tentang kecurangan dan perhubungan yang bertepuk sebelah tangan. - Gambar Instagram

“Saya bertemu dan berbincang dengan komposer bernama Khairul Daniel pada tahun lalu lantas menyatakan lagu bagaimana yang saya mahukan dan dia seakan mengerti kehendak serta citarasa saya, setelah berbincang kami terus ke studio bagi memulakan proses rakaman lagu tersebut.

“Banyak perkara terpaksa saya uruskan sendiri dengan tunjuk ajar komposer yang banyak membantu dan banyak saya pelajari dari A sehingga Z. Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya dan perlu banyak bersabar kerana tidak mudah untuk kembali ke arena seni suara setelah menyepi buat sekian lamanya,” katanya. 

Jelas Ayu lagi, single ‘Kejam’ ini sebenarnyamemceritakan tentang kecurangan dan perhubungan yang bertepuk sebelah tangan.

Ayu Damit - Gambar Instagram
Ayu Damit - Gambar Instagram

“Lagu ini sebenarnya berkisar sepasang kekasih yang mengharapkan cinta namun tidak berbalas dan tiada kata putus lantas perbuatan kekasihnya ‘kejam’ kerana telah dipersiakan sebegitu.

“Saya sengaja memilih genre balada kerana mahu menonjolkan kemampuan vokal saya dalam sisi berbeza dengan sentuhan melodi ala 90-an namun tetap kedengaran ‘fresh’ dan baharu,” katanya. 

Lagu ‘Kejam’ boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music. 

Manakala lirik videonya yang berkonsepkan ‘simple elegance’ boleh ditonton secara eksklusif hanya di saluran YouTube Alternate Records. – Getaran, 9 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Reeve Damien Akui Tugas Sebagai Pengarah Muzik Suke TV  Mencabar, Anak AC Mizal Teringin Berkolaborasi Dengan Sonaone 

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Aiman Tino Rancang Jadi Penerbit Program ‘Travelog’

3

Muzik 1 tahun yang lalu

Tak Pernah Menyesal Lalui Pengalaman Sukar Sebagai Penyanyi, Aman Aziz Kini Pertaruhkan 'Satu Hari Saat Hujan'

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Amir Masdi Lancar Lagu Baru Berjudul ‘Sengaja’ Atas Kapal Persiaran Mewah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara