web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Aiman Tino Rancang Jadi Penerbit Program ‘Travelog’

Saya sukakan program kembara atau travelog. Saya sudah berbincang dengan beberapa pihak termasuk TVS. Apapun, semua perbincangan itu masih dalam tahap perancangan.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2023 8:00PM

Aiman Tino - Gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pernah mencipta fenomena tersendiri dengan lagu ‘Ku Rela Dibenci’ dan ‘Permata Cinta’, Aiman Tino kini cuba mengatur langkah bergelar penerbit pula.

Aiman yang kini sedang mencipta namanya dalam bidang lakonan berkata, dia merancang  untuk menerbitkan program sendiri.

“Selepas mencuba bidang lakonan, kini saya berminat menghasilkan program sendiri. Ini adalah perancangan saya untuk menjadi penerbit.

“Saya sukakan program berbentuk kembara atau travelog. Saya sudah berbincang dengan beberapa pihak termasuk TVS. Apapun, semua perbincangan itu masih di tahap awal. Proses selanjutnya masih  belum ada lagi.

“Berdasarkan pengalaman saya dalam dunia nyanyian, kini dalam lakonan, saya rasa saya kena tahu serba sedikit selok belok dalam industri penerbitan dan saya sudah pun mempunyai peralatan untuk penerbitan. Jadi, mengapa tidak saya merealisasikan hasrat ini,” katanya pada Getaran.

Aiman berkata demikian pada sidang media filem Tonton Original berjudul ‘Irama Kita’ di sebuah pusat beli-belah di sini, baru-baru ini.

Pemilik nama sebenar, Mohammad Aiman Yusri itu ini juga cuba memberitahu, dia cuba mengelak untuk membangunkan syarikat bersama kekasihnya, Syarah Haifa  Aiman.

“Walaupun Haifa ada latar belakang industri perfileman, selagi boleh saya tidak mahu melibatkan dia dalam ini, saya juga tidak ingin dia menjadi ‘center of attraction’.

“Buat masa ini saya fikir, siapa pasukan menghasilkan program ini, saya pun tidak tahu lagi, semuanya sedang diusahakan satu demi satu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Aiman turut berkongsi bahawa, kini dia sudah tidak aktif dalam bidang nyanyian setelah beralih ke lakonan, namun seboleh-bolehnya dia  cuba seimbangkan kedua-dua bidang tersebut. 

“Hendak kata saya sudah tidak mahu menyanyi langsung, tidak juga. Saya ada sahaja hasilkan lagu baharu.

“Bagi saya menyanyi dan berlakon saya buat serentak. Asalkan dalam industri seni, saya buat sahaja,” tambahnya.

Aiman dan kekasihnya Syarah Haifa  Aiman. - Gambar fail
Aiman dan kekasihnya Syarah Haifa  Aiman. - Gambar fail

Sebagai bukti,  dia turut merakam lagu tema dengan tajuk sama, ‘Irama Kita’ bagi telemovie itu.

Lagu itu adalah kolaborasi antara Alternate Records Sdn Bhd dan Aries Music Production. Single itu merupakan hasil gubahan dan lirik oleh Rudy Nastia, Hafiz Karim, Jebat Asmara dan Farez Asmadi.

Sementara itu, telefilem ‘Irama Kita’ turut menampilkan Fara Nadiah, Kahoe Hon, Ahmad Adly, Arena Wan, Jaafar Onn, Bell Ngasri, Angeline Tan dan Didie Alias sebagai barisan pelakonnya. 

‘Irama Kita’ membawa kisah empat sekawan iaitu Kef (Aiman), Izi (Farah), Syafiq (Ahmad Adly) dan Alvin (Kahoe Hon) yang sangat sukakan muzik hingga menubuhkan band diberi nama ‘The Dreamers.

‘Irama Kita’ yang membawa kisah empat sekawan yang berusaha untuk menjayakan band yang ditubuh dalam masa yang sama mengharungi pelbagai halangan dalam mencari impian masing-masing ini, boleh ditonton menerusi platform penstriman Tonton. – Getaran, 15 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 bulan yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Selebriti 2 bulan yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

3

Selebriti 11 bulan yang lalu

Badrul Muhayat Sering Bercakap Soal Kematian - Sahabat

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Hantaran Instagram Taylor Swift Bantu Pecah Rekod Pendaftaran Undi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara