web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bakal Mula Internship, Wani Kayrie Lancar Album Baharu 'Fajar'

‘Fajar’ menceritakan tentang cahaya yang membawa maksud sebuah pengharapan buat setiap insan untuk terus melangkah meskipun berdepan dengan ujian dan dugaan dalam kehidupan.

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Mar 2023 6:00PM

Wani Kayrie bakal muncul dengan single terbaharu, ‘Fajar’.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah hampir setahun tiada album baharu kerana memberikan sepenuh perhatian kepada pengajiannya, penyanyi Wani Kayrie kini muncul dengan single terbaharu, ‘Fajar’.

Menurut Wani, selepas single ‘Kamu Kamu’ pada tahun lalu, jadualnya semakin padat dengan aktiviti pengajian dan penggambaran drama.

“Jadual belajar saya pada ketika itu agak padat kerana semesternya panjang, pada masa yang sama saya juga banyak menerima tawaran untuk berlakon drama.

“Sekarang ini dah ‘senang’ sedikit sebab saya akan menjalani latihan praktikal selama enam bulan sebelum pengajian saya dalam jurusan Undang-Undang dan Perdagangan di Management & Science University (MSU), Shah Alam berakhir,” katanya teruja.

Jelas penyanyi jelita kelahiran Sandakan itu, album terbaharu ‘Fajar’ merupakan hasil ciptaan barisan komposer terkenal tanah air seperti Shazee Ishak, Audi Mok serta Tysha Tiar, terbitan Rocketfuel Entertainment. 

“Lagu ‘Fajar’ menceritakan tentang cahaya yang membawa maksud sebuah pengharapan buat setiap insan untuk terus melangkah meskipun berdepan dengan ujian dan dugaan.

“Saya percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup ada hikmahnya, dan cahaya itulah yang menjadi sumber kekuatan setiap insan dalam mencari hala tuju hidup yang sebenar tanpa menoleh kebelakang serta tidak mengulangi kesilapan lalu yang menjadi sejarah hitam,” ujarnya.

Pemilik nama sebenar, Syazwani Abdullah,23, itu turut berkata, dia ingin lari dari kebiasaan dengan mencabar kemampuan dirinya sebagai penyanyi dengan mencuba sesuatu yang baharu.

Karya istimewa dalam nuansa balada ini jelas kedengaran moden dengan elemen muzik elektronik yang menambah keunikan penciptaannya sesuai dengan halwa telinga pendengar masa kini yang mahukan sesuatu yang segar.

“Idea di sebalik genre untuk single ketiga ini datangnya dari saya sendiri kerana mahukan kelainan yang lebih kepada menonjolkan kemampuan vokal.

“Proses rakaman hanya memakan masa selama sehari sahaja, senang bekerja dengan Audi Mok kerana beliau pernah menulis lagu untuk saya sewaktu berumur 17 tahun berjudul ‘Aku Suka Kamu’.

“Audi juga tahu akan kebolehan vokal saya dan mudah untuk kami mengembangkan idea semasa rakaman lagu ‘Fajar’ ini, banyak juga yang saya pelajari bersama komposer lain.

“Shazee Ishak antaranya memberi idea untuk penambahan ‘ad-lib’, penambahbaikan lagu dan selalu berpesan untuk menyanyi dengan ‘hati yang ikhlas’ kerana baharulah mesej yang cuba disampaikan lebih terkesan, dan tidak bergantung hanya pada nyanyian teknikal sahaja,” tambah Wani lagi.

Dalam pada itu Wani berkata, penglibatannya dalam ‘Famili Duo’ baru-baru ini juga merupakan satu kelebihan kerana dapat menonjolkan bakat dimiliki.

“Saya baharu sahaja tamat dengan penglibatan dalam sebuah program televisyen realiti ‘Famili Duo’ bersama Bella Astillah di mana kami berjaya meraih tempat ketiga. 

“Syukur Alhamdulillah rancangan tersebut telah membuka mata ramai orang di luar sana yang dapat melihat kebolehan saya dalam menyanyikan pelbagai lagu dengan genre yang berbeza.

“Banyak yang saya pelajari melalui program tersebut terutamanya dari segi kemahiran vokal, idea untuk konsep sesebuah persembahan dan pembaharuan gubahan lagu asal ke genre yang berbeza dalam masa yang singkat,” tambahnya.

Single terbaharu ini turut disertakan video muzik yang sudah boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network.

Lagu ‘Fajar’ boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music. - Getaran, 7 Mac 2023 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara