web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ambil Semangat Sudirman - Persembahan Terbalik Naim Daniel Di AJL37 Diiktiraf Malaysia Book of Records

Menurut Naim, sekalipun tidak berjaya membawa pulang trofi persembahan terbaik pada malam kemuncak AJL37, namun mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Records juga adalah sebuah rezeki yang besar. 

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2023 12:00PM

Naim Daniel bersama sijil pengiktirafan Malaysia Book of Records. - Gambar oleh Wafa Aula

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Persembahan menyanyi secara terbalik semasa Anugerah Juara Lagu Ke-37 (AJL37) yang lalu telah melayakkan Naim Daniel menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBR).

Bagi mendapatkan pengiktirafan sebagai penyanyi pertama yang menyanyi secara terbalik semasa siaran langsung, pasukannya mengambil masa selama sebulan bagi melengkapkan beberapa prosedur seperti menghantar video persembahan siaran langsung tersebut kepada pihak MBR untuk penilaian.

Sekalipun tidak berjaya membawa pulang trofi persembahan terbaik pada malam kemuncak AJL37, namun bagi Naim, untuk mencatat sejarah dalam MBR juga adalah sebuah rezeki yang besar. 

“Saya rasa rezeki datang dalam pelbagai cara tak kiralah kecil atau besar. Mendapat pengiktirafan sebegini pun sudah meletakkan sebuah tanda aras baru buat saya. Boleh juga dikatakan, ia ‘membayar’ juga titik peluh saya selama ini.

“Saya tak pernah terfikir nak dapat pengiktirafan daripada MBR.  Cuma, selama ini saya mahu lakukan persembahan yang akan diingati. Alhamdulillah ia termakbul, bukan sahaja diingati malah diiktiraf.

“Ia kenangan yang manis sebab lagi 10 tahun kalau ada orang buat persembahan terbalik, orang akan ingat persembahan saya dengan lagu Mainan.

“Dalam menjadi anak seni, kita perlu berani mencuba. Saya pinjam semangat Allahyarham Datuk Sudirman Hj Arshad yang selalu hadir dengan idea maju daripada zamannya,” katanya ketika ditemui Getaran di pejabat MBR.

Bukan itu sahaja, kejayaan demi kejayaan yang diraihnya pada tahun ini turut didedikasikannya kepada kedua orang tua yang selalu menyokong kerjaya seninya. 

“Sepatutnya, hari ini saya dan mama, papa pulang ke Melaka. Tapi bila diberitahu saya dapat pengiktirafan ini, mereka sangat teruja dan nak ikut saya ke MBR.

“Kalau nak diikutkan, rezeki yang hadir untuk saya pada tahun ini membuat saya sedikit takut. Sebab benda seronok dalam hidup ini pun adalah ujiankan? 

“Semoga segala rezeki ini tidak membutakan mata saya. Niat saya bekerja adalah untuk memberi rezeki kepada mama, papa dan keluarga.

“Saya harap rezeki ini tidak sekadar berlalu tetapi akan kekal dan berpanjangan di samping memberikan saya semangat untuk menghasilkan lebih banyak lagu,” tambahnya lagi. 

Terdahulu, Naim Daniel mengejutkan penonton apabila menyanyikan lagu Mainan secara terbalik pada malam kemuncak AJL37.

Sebelum melakukan aksi itu, Naim sempat mendapatkan nasihat daripada doktor dan pengawasan tenaga kerja profesional. - Getaran, 23 Mac 2023 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Naim Daniel Dedah Cerita, Dia Sebetulnya Sedih Bila Rambutnya Terpaksa Dipotong Dek Kerana Watak ‘Ayam’ 

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Video Cium Hanya Persaudaraan, Kami Memang Sangat Akrab – Naim Daniel

3

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Walau Diselubungi Kontroversi, Sissy Iman-Naim Daniel, Fyna-Ayda Jebat Berjaya Mara Ke Final

4

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Isu Ketiadaan Gambar Naim Daniel & Sissy Iman Di Poster Family Duo, Media Prima Tak Sedia Beri Kenyataan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara