web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Video Cium Hanya Persaudaraan, Kami Memang Sangat Akrab – Naim Daniel

Namun begitu, video TikTok yang mencatat tontonan hampir dua juta tersebut telah mengundang reaksi yang pelbagai.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2023 8:00PM

Naim Daniel - Gambar PR

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Demam fenomena drama bersiri 'Projek High Council' lambat kebah biarpun episod akhir sudah tamat minggu lalu. Ia masih dibincangkan dan mendapat sorotan khalayak menyebabkan para pelakonnya turut menerima tempias populariti. 

Selepas tayangan episod akhir, salah seorang pelakon, Naim Daniel sempat memuat naik sebuah video berdurasi kurang 30 saat yang mempamerkan keakraban para pelakon 'Projek High Council' dengan aksi mengucup pipi. 

Namun begitu, video TikTok yang mencatat tontonan hampir dua juta tersebut telah mengundang reaksi yang pelbagai. Ada yang menyifatkan ia adalah lambang bromance antara pelakon, namun tidak kurang juga ada yang memandang sinis seolah-olah ia sebuah aksi songsang.

“Kami sangat akrab dan video itu pun tidak menunjukkan apa-apa yang serius pun. Mungkin ada pihak yang datang dengan naratif tersendiri dan saya tak dapat nak halang sekiranya mereka ingin menjadikannya sebagai bahan bualan. 

“Kami pelakon Projek High Council sudah bergelumang dengan duka tawa selama 66 hari menjayakan penggambaran siri ini. 

“Bayangkan kalau tiada babak pun kami akan turun untuk beri sokongan antara satu sama lain. Kami sangat rapat dan tiada segan silu menyatakan ‘I love you, bro’. 

“Rata-rata pemain industri mengenali pembawakan saya yang mesra, kebudak-budakan serta tak kisah menunjukkan kasih-sayang saya kepada orang yang baik dengan saya. Malam itu lepas watch party, saya kata jom buat video dan mereka semua on untuk buat video itu. Sekadar humor dan kami berdekah. 

“Tapi saya tak nafikan juga setiap apa yang saya post boleh mencetuskan perbualan. Ada golongan mempunyai pendapat berbeza. Saya buka ruang untuk semua berbincang. Ada yang cakap cium pipi sahabat itu sunnah. Kalau perempuan cium pipi perempuan adakah mereka pun tak betul juga? Kita cuba nak buang stigma dalam kalangan orang lelaki, asalkan kita tahu batas dan tidak menyakiti sesiapa,” katanya ketika ditemui Getaran di pejabat Malaysia Book of Records.

Bukan itu sahaja, Naim tidak cepat melatah terhadap tuduhan dan kata-kata yang menyifatkan pelakon itu kononnnya bersifat prejudis terhadap golongan LGBT.

“Saya selalu berada dalam lingkungan yang bekerjasama dengan semua golongan. Saya tiada masalah bekerja dengan mereka yang datang daripada komuniti tersebut. 

“Bahkan dari kecil sampai besar saya bekerja dengan jurusolek, pereka fesyen yang mungkin daripada komuniti tersebut. Namun, saya hormat mereka. Bukanlah bermaksud saya homophobic.

“Saya selalu meraikan orang, namun kalau komuniti tersebut ada pandangan dan ingin pandangan mereka diterima dengan cara tersendiri, bagaimana pula dengan orang yang tiada pandangan sama yang seperti mereka? Katanya perlu raikan pendapat, jadi hormatilah,” tambahnya lagi. 

Dalam perkembangan lain, persembahan menyanyi secara terbalik semasa Anugerah Juara Lagu Ke-37 (AJL37) yang lalu telah melayakkan Naim Daniel menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBR).

Bagi mendapatkan pengiktirafan sebagai penyanyi pertama yang menyanyi secara terbalik semasa siaran langsung, pasukannya mengambil masa selama sebulan bagi melengkapkan beberapa prosedur seperti menghantar video persembahan siaran langsung tersebut kepada pihak MBR untuk penilaian. - Getaran, 23 Mac 2023 

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Komen Jelik Di TikTok, Penjawat Awam Disiasat Pihak Berkuasa

3

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Merokok Di Stesen Minyak Tak Boleh, Tapi Masak Boleh Ek?

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Harga Murah, Akses Mudah Faktor Pengguna Berbelanja Di Platform E-Dagang

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara