web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Nyanyikan Lagu Ketuhanan Dalam ‘Sujud’ - Linda Rafar Paparkan Pengalaman Hidup Diuji Kehilangan Orang Tersayang

“Lagu ‘Sujud’ ini juga merupakan lagu kemunculan semula saya sebagai penyanyi dan apabila rakaman selesai baru saya perasaan ia sesuai dijadikan lagu runut bunyi drama 'Zuriat Dari Penjara',” kata Linda.

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2023 8:24PM

Linda Rafar tampil dengan lagu baharu berjudul ‘Sujud’ yang berkisarkan tentang keperitan yang pernah dilalui olehnya sebelum ini - Gambar Instagram Linda Rafar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berkongsi pengalaman hidup, penyanyi dan pelakon Linda Rafar tampil dengan lagu baharu berjudul ‘Sujud’ yang berkisarkan tentang keperitan yang pernah dilalui olehnya sebelum ini.

Menurut Linda dia tertarik dengan lagu ciptaan HerdaSyira itu kerana liriknya seakan menceritakan kisah hidupnya yang diuji dengan pelbagai dugaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Lagu ‘Sujud’ ini juga merupakan lagu kemunculan semula saya sebagai penyanyi dan apabila rakaman selesai baru saya perasaan is sesuai dijadikan lagu runut bunyi drama 'Zuriat Dari Penjara'.

“Saya diberi beberapa pilihan termasuk lagu rancak tetapi pada tahap sekarang rasanya sudah tidak sesuai menyanyikan lagu genre itu dan memilih lagu ini,” katanya kepada Getaran.

Linda atau nama sebenarnya Azlinda Abdul Rafar, 45, berkata ‘Sujud’ memperlihatkan cara nyayian dan penyampaian berbeza berbanding dengan lagunya bersama kumpulan Elite.

Jelas Linda, menerusi pengubahan lagu ‘Sujud’ ini, dia banyak mempelajari teknik nyanyian suara angin yang diguna pakai untuk menyampaikan lagu ini.

Katanya, penggunaan teknik nyanyian suara angin turut diterapkan bagi mendapatkan feel tepat dalam menzahirkan lirik lagu berkenaan yang penuh dengan makna.

“Lagu ini berbeza sangat dengan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh saya sebelum ini. Alhamdulillah pertemuan dengan HerdaSyira banyak memberi saya peluang untuk belajar teknik dan kaedah nyanyian lain.

“Lagipun, bagi lagu genre ini penyampaian ini amat bersesuai dengan liriknya yang berkait rapat dengan kehidupan saya yang diuji kehilangan orang tersayang,” ujarnya.

Sementara itu, Linda turut berkongsi dia tidak kisah jika lagu ‘Sujud’ ini dianggap mempunyai elemen ketuhanan memandangkan dia kini banyak melibatkan diri dengan aktiviti keagamaan.

Tambahnya, dia lebih gemar untuk melibatkan diri dengan aktiviti keagamaan yang banyak memberi ketenangan bagi dirinya.

“Sejujurnya saya lebih suka jika lagu ni dianggap lagu ketuhanan. Kalau orang nak kata sebagai lagu ketuhanan lagi Alhamdulilah.

“Sekarang ini saya pun lebih fokus dengan keluarga dan banyak libatkan diri dengan keagaman. Saya suka buat perkara-perkara ini sebab bagi saya tenang dan gembira,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Linda memaklumkan dia banyak menolak tawaran berlakon kerana mahu meluangkan lebih masa bersama keluarga selain fokus kepada projek lain.

Kata Linda kini minatnya dalam bidang lakonan semakin kurang kerana dia menganggap nyanyian sebagai satu terapi buat dirinya.

“Saya sebenarnya lebih minat menyanyi berbanding berlakon sebab itu saya banyak tolak tawaran yang diberi kepada. Rasa macam tak ada jiwa dalam berlakon dan boleh dikatakan hampir semua tawaran lakonan saya tidak menerima,” jelasnya. – Getaran, 19 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Refleksi 2 tahun yang lalu

Permaisuri Berangkat Ke World #QuranHour

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara