web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Siti Nurhaliza Sekali Lagi Berkolaborasi Dengan David Foster

Dalam konsert itu, pelantun lagu 'Anta Permana' ini bakal membawakan lagu ciptaan komposer berkenaan dan satu lagu popularnya.

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2023 8:11PM

Menjadi satu-satunya artis jemputan tanah air, Siti Nurhaliza, 44, bagaimanapun tidak mahu mensia-siakan peluang yang diberi dan berazam memberikan sebuah persembahan terbaik - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin kembali berkongsi pentas dengan penerbit dan komposer terkenal, David Foster menerusi Konsert Eksklusif 'Hitman: David Foster and Friends Asia Tour 2023'  di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza, di sini, pada 7 Ogos depan.

Konsert itu turut menampilkan penyanyi antarabangsa yang lain seperti Michael Bolton, Peabo Bryson, Loren Allred dan Katharine McPhee, merupakan anjuran sebuah organisasi kebajikan yang ditubuhkan untuk menyediakan pelbagai bantuan kepada golongan miskin dan kurang berkemampuan, Yayasan Prihatin Nasional (Prihatin) dengan kerjasama B De Paris Beauty Project Ent.

Menjadi satu-satunya artis jemputan tanah air, Siti Nurhaliza, 44, bagaimanapun tidak mahu mensia-siakan peluang yang diberi dan berazam memberikan sebuah persembahan terbaik.

"Kali pertama, saya bekerjasama dengan David dalam satu persembahan eksklusif, sembilan tahun lepas. Saya berdoa ia bukanlah kerjasama pertama dan terakhir. Selepas itu, saya dipelawa beberapa kali membuat persembahan bersama di Indonesia, tetapi rezeki tidak menyebelahi saya.

"Saya bersyukur dan rasa bertuah malah percaya ini adalah platform terbaik menunjukkan bakat apatah lagi dalam kebangkitan ramai penyanyi muda yang bagus dan berbakat, pasukan pengurusan David tetap memilih saya," katanya pada sidang media mengenai konsert berkenaan, di sini, hari ini.

Dalam konsert itu, pelantun lagu 'Anta Permana' ini bakal membawakan lagu ciptaan komposer berkenaan dan satu lagu popularnya.

"Berdiri satu pentas terutama di bawah pimpinan David adalah impian setiap artis. Jadi, apabila saya lihat senarai barisan artis antarabangsa yang terlibat, ia membuatkan saya rasa kerdil.

"Tambahan pula, saya belum dikenali di peringkat antarabangsa, sebelum ini hanya dikenali di Asia, tetapi saya percaya belum terlambat untuk saya dikenali di pentas antarabangsa meskipun pada usia 44 tahun," katanya yang turut dijemput untuk beraksi menjayakan persembahan bersama David di Singapura pada 8 Ogos depan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Prihatin Datuk Mohd Aizuddin Ghazali berkata penganjuran konsert itu bakal memberi manfaat pendidikan kepada pelajar di menara gading yang tidak berkemampuan dalam kategori asnaf dan B40.

"Ini adalah kali pertama kami mengadakan konsert skala besar membabitkan artis antarabangsa. Kami teruja diberi peluang kerana konsert ini bukan hanya bersifat komersial tetapi turut menekankan konsep berhibur sambil beramal.

"Insya-Allah, sebahagian hasil jualan tiket ini akan disalurkan kepada Tabung Kasih Prihatin. Sambil berhibur, kita juga tidak mahu melupakan mereka yang memerlukan," katanya.

Peminat boleh mendapatkan tiket dengan harga RM288, RM688, RM788 dan RM988 di laman sesawang di www.myticket.asia. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 bulan yang lalu

Artis Digesa Lebih Peka Isu Kemanusiaan Selepas Konsert Siti Nurhaliza

2

Selebriti 3 bulan yang lalu

BDS Malaysia Kecewa Dengan Dato’ Sri Siti Nuhaliza

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Kejayaan Proses Evakuasi Keluarga Nadir Al-Nuri Bukti PM Prihatin Kebajikan Rakyat

4

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Nyanyian Duet Tengku Ampuan Pahang, Datuk Sri Siti Nurhaliza Pikat Tetamu

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara