web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kejayaan Proses Evakuasi Keluarga Nadir Al-Nuri Bukti PM Prihatin Kebajikan Rakyat

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2024 1:32PM

Dr Mohd Na’im Mokhtar - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kejayaan mengeluarkan keluarga aktivis Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dari Rafah adalah bukti keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, ia jelas menggambarkan betapa Perdana Menteri memandang serius kebajikan rakyat.

Menurut beliau, ia juga mencerminkan daya kebijaksanaan kepimpinan Anwar yang cukup dihormati dunia.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesungguhan YAB Perdana Menteri sehingga berjaya menyatukan keluarga Saudara Nadir Al-Nuri, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia.

“Misi besar menyatakan keluarga Nadir Al-Nuri ini terlaksana dengan jayanya kerana keprihatinan tinggi YAB Perdana Menteri kepada soal kebajikan rakyat,” katanya.

Mohd Na’im berkata, semua pihak perlu bersama Perdana Menteri bagi menyatakan solidariti kepada perjuangan menuntut keamanan dan kesejahteraan negara Palestin.

“Marilah bersama-sama dengan keberkatan bulan Syawal ini, kita memperkukuh kesatuan dan berdoa kepada Allah Subhanahu Wataala agar dikurniakan kesejahteraan dan keberkatan buat rakyat Palestin,” katanya.

Nadir Al-Nuri menerusi satu perkongsian penuh emosi di Facebook memberitahu, Anwar adalah individu yang bertanggungjawab menjayakan ‘misi gila’ iaitu membawa keluarganya keluar dari Rafah dengan selamat.

Jelas beliau, misi tersebut bukan perkara mudah memandangkan Rafah saban hari berdepan serangan rejim Zionis.

“Namun secara senyap pemimpin negara menghubungi pihak sana; ternyata diplomasi insani ini jauh lebih berkesan daripada kaedah yang lain,” katanya, ikhlas.

Beliau memberitahu, proses evakuasi keluarganya berjalan dengan begitu cepat, teratur dan lancar walaupun penuh dengan 1001 cabaran tersirat. 

“Kisahnya akan keluar satu demi satu tetapi tak semua saya berhak untuk kongsikan. Suka beliau atau tidak, dalam soal P (Palestin) umat perlukan satu ketumbukan. P pernah bergantung kepada garangnya Saddam Hussein, kemudian lantangnya (Recep Tayyip) Erdogan. Kini tiba giliran kita dan yang boleh kita banggakan ialah ketegasan Malaysia dalam bersolidariti. 

“Tindakan Perdana Menteri menghalang kemasukan kapal milik penjajah ke pelabuhan negara, ketegasan menyatakan sokongan kepada Hamas dan mutakhir jawapan berpendirian di hadapan Chancellor German menjadikan nama Malaysia disebut-disebut di kalangan marhaen di jalanan bumi penuh keberkatan selain menjadi bual bicara di peringkat antarabangsa,” katanya. - Getaran, 16 April 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Projek Perumahan Baharu Perlu Ada Blok Rumah MADANI - PM

3

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Syed Husin Guru Luar Biasa, Tinggalkan Pengetahuan Yang Sangat Besar’ - PM

4

Semasa 5 bulan yang lalu

‘Cakap Elok-Elok, Selesai Semua Masalah’ - PM Cuit Sanusi

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia