web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


BDS Malaysia Kecewa Dengan Dato’ Sri Siti Nuhaliza

Diva nombor satu popular ini akan terlibat dengan konsert David Foster sangat kuat menyokong rejim Zionis Israel

Selebriti Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2024 12:14PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Gabungan pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) yang mempromosikan kebebasan, keadilan dan kesaksamaan terhadap Palestin menerusi boikot, BDS Malaysia meluahkan kekecewaan apabila dimaklumkan Datuk Seri Siti Nurhaliza turut terlibat dalam konsert `Hitman Returns David Foster and Friends’ yang akan berlangsung di Jakarta, Indonesia malam ini. 

“Pertunjukan ini dianjurkan oleh penggubah lagi terkenal David Foster  yang berasal Kanada. Beliau juga adalah seorang yang sangat kuat menyokong rejim Zionis Israel.

“Beliau sering terlibat dalam usaha menyumbang dana kepada tentera rejim Zionis Israel dalam acara yang dianjurkan oleh `Friends of Israel Defence Forces’ (FIDF).

“Dalam keadaan sekarang di mana lebih daripada 36,000 rakyat Palestin telah dibunuh dengan kejam oleh tentera rejim Zionis Israel semenjak Oktober 7, 2023 dan masih terus melakukan pembunuhan kejam di Gaza dan Tebing Barat, keputusan Datuk Seri Nurhaliza untuk menyertai pertunjukan yang dianjurkan oleh David Foster adalah sangat mengecewakan,” ulas BDS Malaysia menerusi satu kenyataan media.

Pada masa sama, pertubukan bukan kerajaan ini turut menyeru semua pihak menunjukkan sikap lebih peka terhadap kesengsaraan rakyat Palestin ketika ini. 

“Harap semua pihak sama ada artis, ahli perniagaan, ahli sukan, pihak kerajaan dan rakyat biasa menunjukan sikap yang lebih peka terhadap kesengsaraan yang telah dialami oleh rakyat Palestin semenjak dari tahun 1948 lagi.

“Tindakan paling minima yang boleh dilakukan ialah memboikot rejim Zionis Israel serta organisasi dan individu yang terlibat secara langsung dengan kezaliman yang sedang berlaku di Palestin,” katanya.

Menjenguk ke akaun media sosial penyanyi nombor satu negara, Siti dilihat turut mempromosikan konsert bersama David Foster itu.

Persoalannya, adakah pihak Siti terlepas pandang tentang perkara ini? Ini kerana beliau menerusi Yayasan Nurjiwa yang diasaskan oleh suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa secara konsisten menyalurkan pelbagai jenis sumbangan kepada rakyat Palestin.

Malah, konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza yang diadakan baru-baru ini juga objektifnya adalah untuk mengumpul dana bagi menghulurkan bantuan ke Gaza. - Getaran, 15 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Selebriti 5 hari yang lalu

Artis Digesa Lebih Peka Isu Kemanusiaan Selepas Konsert Siti Nurhaliza

2

Muzik 10 bulan yang lalu

Kemerduan Suara Siti Nurhaliza Berjaya Memukau David Foster

3

Muzik 1 tahun yang lalu

“Saya Percaya Belum Terlambat Untuk Dikenali Di Pentas Antarabangsa Pada Usia 44 Tahun" - Siti Nurhaliza 

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Siti Nurhaliza Sekali Lagi Berkolaborasi Dengan David Foster

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Selebriti 11 jam yang lalu

JAIS Keluar Arahan Tangguhkan Program Ceramah Oleh Ustaz Don Di Selangor

oleh Rahayu MN

Selebriti 22 jam yang lalu

Hidap Kanser Paru-Paru Tahap 4, Aktor Kamal Bakar Meninggal Dunia

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Muzik 1 hari yang lalu

Negara Perlukan Lebih Ramai Pengkarya Lagu Patriotik