web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kemerduan Suara Siti Nurhaliza Berjaya Memukau David Foster

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2023 8:56PM

David Foster turut mengiringi persembahan Siti Nurhaliza ketika menyanyikan lagu daripada album terbaharunya, SITISM berjudul ‘Sehebat Matahari’. gambar Facebook Siti Nurhaliza

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan penerbit dan komposer terkemuka dunia, David Foster mengundang penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk sama-sama mengadakan persembahan dengannya pada konsert malam tadi, terbukti tidak sia-sia. 

Siti Nurhaliza, yang mempersembahkan lagu nyanyian asal Celine Dion, The Power of Love, memukau kira-kira 3,000 penonton yang hadir pada konsert Hitman: David Foster and Friends Asia Tour 2023 di Mega Star Arena, Sungei Wang hingga membuatkan mereka berdiri dan memberi tepukan gemuruh. 

David yang mengiringi persembahan berkenaan dengan petikan piano turut terpegun dengan kelunakan suara penyanyi asal Kuala Lipis, Pahang itu dan secara spontan meminta Siti Nurhaliza mendendangkan satu lagi lagu ciptaannya All By Myself yang juga dipopularkan Celine Dion. 

“Beliau mempunyai suara yang sangat merdu,” kata David, 73, yang juga pemenang 16 Anugerah Grammy termasuk tiga Penerbit Tahunan Terbaik, pada konsert amal anjuran Yayasan Prihatin Nasional (Prihatin) itu. 

Konsert berkenaan turut menampilkan barisan penyanyi antarabangsa seperti Michael Bolton, Peabo Bryson, Loren Allref, Katharine McPhee dengan kesemua mereka menyanyikan lagu hit sentuhan magik komposer dari Kanada itu. 

Lebih 15 lagu karya David dipersembahkan pada konsert selama dua jam itu antaranya When A Man Loves a Woman, Beauty and the Beast, If Ever You In My Arms Again, Can You Stop The Rain dan Cry Me A River. 

Lebih manis pada konsert itu apabila David mengiringi sendiri persembahan Siti Nurhaliza ketika menyanyikan lagu daripada album terbaharunya, SITISM berjudul ‘Sehebat Matahari’.

Siti Nurhaliza turut dijemput membuat persembahan konsert sama di Singapura hari ini. 

Menerusi kenyataan Yayasan Prihatin, Siti Nurhaliza bersyukur dan berasa bertuah kerana diberi peluang dan kesempatan berganding bersama pemuzik serta komposer terkenal itu.

“Saya pernah berkolaborasi bersama David Foster sembilan tahun lepas, Alhamdulillah doa saya untuk bergandingan sekali lagi dengan beliau di atas satu pentas yang sama sudah dimakbulkan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Prihatin, Datuk Mohd Aizuddin Ghazali berkata konsert tersebut dilihat bukan sahaja mampu mengukuhkan nama Malaysia di persada antarabangsa, malah membantu mengumpul dana bagi memperkasakan pendidikan dalam kalangan pelajar yang memerlukan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 bulan yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

2

Muzik 1 bulan yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

3

Muzik 2 bulan yang lalu

20 Kumpulan Rock Bergabung Dalam Satu Album, ‘Rock Never Dies’

4

Muzik 2 bulan yang lalu

Afgan Bakal Kenalkan Pasangan Dalam Konsert

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara