web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Laungan Azan Iringi Konsert Alif Satar and The Locos

Alif dan rakan-rakannya turut mendendangkan beberapa karyanya yang popular sepanjang pembabitan dalam arena seni tempatan, bagi memenuhi permintaan peminat

Muzik Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2024 12:13PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Konsert Alif Satar and The Locos bersama penyanyi asal Indonesia, Anggi Marito minggu lalu menjadi bualan ramai. Selain mencuri perhatian pencinta muzik nusantara, ia turut menampilkan kumpulan nasyid terlaris Malaysia iaitu Raihan.

Bertempat di Zepp KL pada 7 Januari 2024, Alif dan rakan-rakannya turut memenuhi permintaan peminatnya, apabila mendendangkan beberapa karyanya yang paling popular sepanjang kerjayanya.

Malam itu dibuka dengan persembahan Anggi Marito yang menyanyikan beberapa lagu popular Indonesia sebelum menyampaikan lagu hitnya, Tak Segampang Itu.

Selepas menghidupkan suasana dan segmen Anggi berakhir, acara diteruskan dengan laungan azan Isyak yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana penyanyi pop di Malaysia. Konsert kemudiannya dibuka oleh Alif Satar and The Locos lewat lagu Nona Jakarta, I Want You To Love Me, Sesungguhnya Aku dan Jangan Nakal.

Terkenal dengan sikapnya yang suka berbicara, Alif juga banyak menghabiskan waktu berbual dengan penonton dan sempat mengucapkan terima kasih kepada beberapa figura penting serta penaja yang memberi sokongan.

Malam itu juga menjadi lebih istimewa kala kumpulan nasyid popular Raihan menyambung acara dan menyanyi bersama Alif Satar and The Locos.

Mereka mendendangkan lagu medley Puji-Pujian-Syukur, Iman Mutiara dan Sesungguhnya.

Untuk menutup persembahan, Alif kembali ke pentas dan menyelitkan lagu yang baharu memenangi tempat ketiga di Anugerah Juara Lagu tahun lalu iaitu Anugerah Terindah.

Lelaki Seperti Aku menjadi lagu penutup untuk mengakhiri malam gilang-gemilang tersebut.

Jelas kelihatan, Alif sememangnya seorang penghibur berbakat yang bukan sahaja mampu menyanyi dengan baik tetapi juga seorang suri teladan yang disukai ramai.

Pelbagai nasihat disampaikan sepanjang malam dan beliau sempat memberitahu kejayaannya tidak mungkin dapat dikecapi tanpa sokongan padu peminat setianya serta keluarga dan rakan-rakannya.

Semoga Alif Satar dan teman-temannya akan terus memberikan yang terbaik selama mereka berkarya. – Getaran, 13 Januari 2024

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 bulan yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

2

Muzik 1 bulan yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

3

Muzik 2 bulan yang lalu

20 Kumpulan Rock Bergabung Dalam Satu Album, ‘Rock Never Dies’

4

Muzik 2 bulan yang lalu

Afgan Bakal Kenalkan Pasangan Dalam Konsert

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara