web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Melly Goeslow Nyata Masih Hebat, Memukau Peminat Di Axiata Arena

Majoriti peminat hadir dengan pakaian sekolah, membawa mereka mengimbau semula saat tamat persekolahan

Muzik Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2024 2:00PM

Melly Goeslow masih memuka di usia 50 tahun - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ratu runut bunyi filem, Melly Goeslow, sekali lagi berjaya menonjolkan kekuatan aura dirinya melalui dendangan lebih 20 lagu di konsert "Ada Apa dengan Melly & Friends" di Axiata Arena, Bukit Jalil, malam tadi.

Konsert selama lebih dua jam itu nyata memukau kira-kira 9,000 peminatnya yang rata-rata hadir dengan pakaian sekolah, membawa mereka mengimbau semula saat tamat persekolahan melalui lagu-lagi hit penyanyi dan komposer dari Indonesia itu.

Persembahan pemilik nama Melliana Cessy Goeslaw itu disempurnakan dengan iringan okestra yang dipimpin oleh suaminya Anto Hoed sebagai pengarah muzik.

Memulakan persembahan dengan lagu hitnya, Tak Tahan Lagi, kemunculan Melly di atas pentas disambut dengan sorakan serta tepukan gemuruh peminatnya yang datang bukan sahaja dari Malaysia tetapi juga Singapura kerana terpaku pada kelunakan suara emas artis berusia 50 tahun itu.

"Hello Kuala Lumpur, ayo (jom) happy semuanya hari ini di konsert ini," kata Melly sebelum meneruskan persembahan dengan lagu Ingin Mencintai dan Dicintai serta Pencinta Wanita.

Sepanjang konsert itu, tidak ada ruang untuk peminat berasa bosan lantaran penyanyi itu begitu bersahaja di atas pentas sambil berdansa mengikut rentak muzik.

Axiata Arena meriah dengan penonton yang ikut sama menyanyi bersama Melly Goeslow - Gambar BERNAMA
Axiata Arena meriah dengan penonton yang ikut sama menyanyi bersama Melly Goeslow - Gambar BERNAMA

Suasana di dalam dewan itu semakin rancak selepas Joe Flizzow tampil berduet, mendendangkan lagu Jika.

Tidak cukup dengan itu, Melly juga memberi kejutan kepada penonton apabila menampilkan penyanyi melonjak naik dan pemenang tempat keempat peringkat akhir America's Got Talent (AGT) musim ke-18, Putri Ariani.

"Saya ingin berterima kasih kepada Putri dan sebab itu saya berikan kepercayaan kepadanya membawakan lagu yang bagiku adalah magma dalam perjalanan karier sebagai pencipta lagu," katanya sambil beredar memberi pentas kepada Putri Ariani membawa lagu Cinta Sejati serta Kamu dan Kenangan.

Kehebatan vokal Melly tidak dapat disangkal lagi apabila mendendangkan lagu Berdua Lebih Baik, Bimbang, Ayat-Ayat Cinta, Gantung dan My Heart, menyaksikan beliau menerima sorakan penuh bertenaga dari setiap sudut dewan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 bulan yang lalu

PM Ajak Rakyat Sertai Perhimpunan Bersama Palestin Malam Esok

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Pearly-Thinaah Sukar Untuk Ditundukkan - Shida

3

Muzik 1 tahun yang lalu

Kumpulan K-Pop NCT DREAM, WayV, Kard Dan ALICE Bakal Gegarkan ‘Seen Festival 2023’

4

Muzik 2 tahun yang lalu

Konsert ‘Glow In Dark’ Anirudh Gegarkan Axiata Arena

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia