web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PM Ajak Rakyat Sertai Perhimpunan Bersama Palestin Malam Esok

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 23 Oct 2023 5:15PM

Poster Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin yang dikongsi di FB Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk menyertai Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil malam esok, sebagai tanda solidariti negara bersama rakyat Palestin.

Perdana Menteri berkongsi mengenai perhimpunan itu menerusi catatan di Facebook beliau hari ini.

“Ayuh seluruh rakyat Malaysia turun ke Axiata Arena, Bukit Jalil esok malam sebagai tanda solidariti kita bersama rakyat Palestin!,” kata Perdana Menteri.

Menerusi poster yang dikongsi dalam hantaran itu, perhimpunan tersebut dijadualkan berlangsung mulai jam 7.30 malam hingga 10.30 malam.

Turut berkongsi poster yang sama di Facebook adalah Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Sementara itu, Gabungan NGO-NGO (pertubuhan bukan kerajaan) Seluruh Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan Perdana Menteri dijangka menyampaikan amanat khas pada perhimpunan itu, sebaik sahaja pulang dari luar negara.

“Program yang akan dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah itu, akan diteruskan dengan ucapan wakil-wakil NGO sebelum ditutup dengan ucapan khas Perdana Menteri,” menurut kenyataan itu.

Pengerusi Serantau Muslim, Ustaz Hakim Mohd Nor yang juga salah seorang sekretariat program berkata, tujuan pelaksanaan program ini adalah untuk menunjukkan kesatuan Malaysia terhadap rakyat Palestin, yang kini sedang dizalimi Zionis Israel.

Beliau berkata, himpunan itu menyasarkan tiga objektif utama iaitu menghentikan peperangan di Palestin, kedua untuk menghentikan tindakan membunuh kanak-kanak, wanita dan orang tidak berupaya di wilayah bergolak itu dan ketiga sebagai kesatuan suara umat Islam di seluruh dunia.

Hakim berkata, himpunan yang bertemakan pakaian putih itu dijangka dihadiri lebih 20,000 orang.

Sementara itu, Pengerusi Global Peace Mission, Ahmad Fahmi Samsudin yang juga sekretariat program itu berkata, himpunan berkenaan, akan diteruskan di negeri-negeri dalam sesi jelajah 1,000,000 Pembela Palestin.

Beliau berkata, himpunan di peringkat negeri akan dimulakan di Stadium Hang Jebat di Melaka pada Ahad, 29 Oktober ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 3 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 3 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia