web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Anak Malaysia Tanda Sokongan Buat Atlet Negara Di Temasya Olimpik 2024

Lirik yang ditulis oleh Altimet ini menggunakan kecerdasan buatan (AI),inovasi yang menggabungkan teknologi dan seni dalam produksi muzik moden

Muzik Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2024 10:28AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman atau Altimet, dan artis-artis terkenal, Zizi Kirana, SAIXSE, dan Fahimi telah bergabung untuk melancarkan sebuah lagu berjudul ‘Anak Malaysia’. 

Lagu dinamik baharu ini dijangka mampu menyuntik semangat dan sokongan kepada kontinjen Malaysia yang bertanding di Sukan Olimpik 2024 di Paris, di samping membakar dan menyemarakkan semangat jiwa merdeka sempena Hari Kebangsaan kita.

‘Anak Malaysia’ adalah hasil kolaborasi hebat yang digubah dan ditulis oleh Iqie Hugh, Mage, Fahimi, SAIXSE, dan Mambang. Penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk menggubah lirik nukilan Altimet adalah satu inovasi yang menarik dengan menggabungkan teknologi dan seni dalam produksi muzik moden. 

Hasil campuran genre dan gaya yang menarik menjadikan lagu ini benar-benar mencerminkan semangat perpaduan dan tekad, serta  mempamerkan jiwa semangat kebanggaan rakyat Malaysia.

"Lagu ini lebih daripada sekadar nyanyian, ia adalah panggilan semangat untuk atlet kita dan seluruh rakyat Malaysia. Tidak kira di mana kita berada dan apa jua yang kita lakukan, kita akan sentiasa berbangga menjadi 'Anak Malaysia'," ujar Altimet. 

"Kami mahu mencipta sesuatu yang bukan sahaja akan memberikan inspirasi kepada atlet kita tetapi juga bergema dan membangkitkan semangat jiwa merdeka menjelang sambutan Hari Kebangsaan," tambah Mage, penerbit lagu tersebut.

SVLTAN Management dan Faithful Music, yang terkenal dengan pendekatan inovatif dalam pengurusan artis dan produksi muzik telah bekerjasama dengan Universal Music Malaysia untuk pengedaran lagu ini, menekankan komitmen mereka dalam menyokong bakat tempatan dan menyumbang kepada semangat kebangsaan.

"Kami berharap 'Anak Malaysia' mampu meniup semangat atlet yang kini sedang berjuang untuk mengharumkan nama Malaysia di Olimpik Paris 2024," ulas Zizi Kirana pula.

Lagu bertenaga simbol kebanggaan dan perpaduan negara ini boleh didengari di semua platform penstriman digital utama.Manakala video muzik yang diarahkan oleh Fareez Nasirboleh ditonton di saluran YouTube Faithful Music. - Getaran, 31 Julai 2024

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Paris 2024: Latif Romly Gagal Pertahan Emas, Raih Perak

2

Sukan 2 minggu yang lalu

Kilauan Perak Padam 'Episod Hitam' Ziyad

3

Sukan 2 minggu yang lalu

Paris 2024: Menanti 'Amukan' Ziyad, Emas Sulung Liek Hou Ceriakan Kontinjen Negara

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Paris 2024: Tang Jie-Ee Wei Terus Momentum Positif, Aaron-Wooi Yik Kecundang

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara