web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Paris 2024: Tang Jie-Ee Wei Terus Momentum Positif, Aaron-Wooi Yik Kecundang

Sukan Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jul 2024 8:24AM

Ganbar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PARIS - Kem badminton negara meneruskan momentum positif pada hari ketiga temasya Sukan Olimpik Paris 2024 menerusi kejayaan beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.

Beregu di ranking kesembilan dunia itu, berjaya menjinakkan pasangan nombor dua dunia dari China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping untuk muncul juara Kumpulan A di Porte de La Chapelle Arena.

Pertarungan yang berlangsung selama 70 minit itu tidak mematahkan semangat mereka untuk bangkit mengejutkan Yan Zhe-Dong Ping 17-21, 21-15, 21-16 di hadapan kira-kira 8,000 penonton untuk muncul juara Kumpulan D.

la memastikan mereka mengelak lawan yang lebih sukar pada suku akhir Rabu ini apabila diundi menentang gandingan nombor lapan dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Jeong Na Eun.

Permulaan positif Tang Jie-Ee Wei diteruskan oleh bekas juara dunia remaja Goh Jin Wei dalam saingan perseorangan wanita Kumpulan H.

Pemain berusia 24 tahun itu, membuka kempennya dengan kemenangan 23-21, 21-11 ke atas pemain ranking 103 dunia Johanita Scholtz dari Afrika Selatan.

Sementara itu, beregu lelaki utama Aaron Chia-Soh Wooi Yik terpaksa akur sebagai naib juara kumpulan A selepas tunduk kepada pasangan China, Liang Wei Keng-Wang Chang 22-24, 14-21.

Keputusan itu menyaksikan mereka bakal mengharungi laluan lebih sukar pada pusingan kalah mati yang bakal diundi selepas kesemua aksi peringkat kumpulan berakhir hari ini.

Fokus utama kontinjen negara hari ini akan terarah kepada beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah yang berdepan misi hidup mati menentang gandingan nombor enam dunia dari Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti pada aksi terakhir Kumpulan A.

Juara Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu yang bangkit daripada kekecewaan 17-21, 20-22 kepada beregu nombor satu dunia dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan pada Sabtu, berjaya mencipta kejutan ke atas juara dunia dua kali dari Jepun Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara kelmarin.

Selain itu, pemanah negara Syaqiera Mashayikh akan memulakan pusingan kalah mati acara individu menentang Alexandra Mirca dari Moldova pada tengah hari untuk memburu tiket ke pusingan 32 terakhir. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Paris 2024: Latif Romly Gagal Pertahan Emas, Raih Perak

2

Sukan 2 minggu yang lalu

Kilauan Perak Padam 'Episod Hitam' Ziyad

3

Sukan 2 minggu yang lalu

Paris 2024: Menanti 'Amukan' Ziyad, Emas Sulung Liek Hou Ceriakan Kontinjen Negara

4

Muzik 1 bulan yang lalu

Anak Malaysia Tanda Sokongan Buat Atlet Negara Di Temasya Olimpik 2024

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

Semasa 1 hari yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

Semasa 7 jam yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah