web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bila Tarikh Baharu Anugerah Juara Lagu 35?

Gara-gara penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0), bila agaknya tarikh baharu #AJL35, ya? Adakah bakal ditangguh lagi?

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2021 2:42PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ekoran daripada pengumuman penundaan Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) bulan lalu, AJL35 kini dijadualkan bersiaran secara langsung tanpa penonton pada hari Ahad, 14 Mac 2021, 9 malam di Auditorium MBSA, Shah Alam. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad & Primeworks Studios, Datuk Khairul Anwar Salleh, “Kami telah bersedia untuk menganjurkan AJL35 dalam norma baharu. Penularan COVID-19 ini membuatkan kami lebih menitikberatkan kesihatan kakitangan, artis-artis serta mereka yang terlibat dalam menjayakan produksi ini.”

“Dalam situasi penularan wabak ini, kami memanfaatkan kebenaran serta kelonggaran yang diberikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang berkuatkuasa bermula 8 Januari lalu. Bila mendengar keputusan tersebut, perancangan teliti dibuat untuk memastikan kelancaran acara tahunan berprestij ini dan merancang untuk menganjurkan AJL35 pada 14 Mac 2021.”

“Walau bagaimanapun, tarikh tersebut bukanlah tarikh muktamad kerana kami perlu akur dengan sebarang ketetapan yang bakal diumumkan oleh pihak MKN dari semasa ke semasa berkaitan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” jelasnya.

AJL35 yang bakal dihoskan oleh Sherry Alhadad, Haziq Hussni dan Awal Ashaari ini sudah pun dijadualkan untuk bersiaran pada 7 Februari 2021 di Auditorium MBSA, Shah Alam, sebelum pengumuman penundaannya gara-gara pelanjutan tempoh PKP 2.0. 

Saksikan juga Debaran AJL35, sebuah program khas berdurasi satu jam bersama Sherry Alhadad dan Haziq Hussni yang menyingkap setiap sudut persiapan AJL35. Debaran AJL35 ini akan disiarkan secara langsung pada jam 5.30 petang, Sabtu, 13 Mac 2021 di TV3. 

Selain itu, para penonton di rumah berpeluang untuk saksikan temu bual eksklusif di karpet merah yang digelar Lounge AJL35 bersama Muaz Mohamed (Kool FM) dan Sissy Imann pada hari Sabtu, 14 Mac 2021 pada pukul 8.30 malam di TV9.

Untuk maklumat lanjut, layari Anugerah Juara Lagu 35 . Ikuti juga trend semasa perbualan alam maya melalui #AJL35. - Getaran, 16 Februari 2021

Semua gambar: TV3

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara