web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pengusaha Kantin Ajak Fadhlina Duduk Semeja Bincang Harga Makanan

Pendidikan Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 17 Mar 2023 7:00PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Solidariti Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia mengajak Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek duduk semeja berbincang mengenai isu harga makanan di kantin sekolah yang terus menjadi polemik ketika ini.

Sekretariatnya, Rizal Yusof berkata, pihaknya tidak mempunyai masalah untuk mengekalkan harga mengikut kontrak ditetapkan, tetapi ia tetap tidak akan menyelesaikan isu utama dihadapi pengusaha kantin sekolah.

“Kami bukan hanya minta diselesaikan untuk kami sahaja, tetapi boleh diguna pakai pada pengusaha lain pada masa hadapan.

“Namun ia tidak mampu diselesaikan sekiranya masalah pokok tidak dapat ditangani dengan segera.

“Jom kita duduk semeja berbincang, mengambil kata sepakat yang baik bagi kenikmatan anak-anak kita pada masa hadapan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, setiap pengusaha yang baharu mendapat kontrak atau kontrak diperbaharui tetap berdepan masalah kerana perlu melalui proses penilaian harga bahan mentah semasa.

“Kedudukan semasa kami di setiap kantin sekolah di bawah KPM ini tidak memberi sebarang keistimewaan pun kalau hendak bandingkan dengan premis di luar.

“Malah, pengusaha kantin rasanya lebih mengikut segala prosedur operasi standard (SOP) kebersihan, keselamatan dam kesihatan dengan lebih ke hadapan kerana sentiasa dipantau oleh pelbagai pihak serta agensi,” katanya.

Pada masa sama, Rizal turut berharap agar KPM akan mempertimbangkan segala usul dan cadangan menerusi memorandum dari pihaknya yang sudah diserahkan kepada kementerian itu, baru-baru ini.

Terdahulu, Fadhlina dilaporkan berkata, KPM memberi jaminan tidak akan timbul isu kenaikan harga makanan di kantin sekolah seperti yang dibimbangi sesetengah pihak.

Katanya, ini kerana, harga makanan di kantin sekolah adalah berdasarkan garis panduan dan perjanjian antara pengusaha, pihak sekolah dan kementerian.

Tambah beliau, KPM akan memberi perhatian terhadap cadangan penyeragaman harga makanan dan minuman di kantin sekolah mengikut lokaliti.

Ditanya mengenai cadangan penyeragaman harga makanan dan minuman di kantin sekolah mengikut lokaliti, Fadhlina berkata, perkara itu akan diberi perhatian.

“Sekiranya ada keperluan untuk seragam, kita akan lihat dari semasa ke semasa,” katanya. - Getaran, 17 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Kementerian Pendidikan Serah Kes Murid Diserang Strok Haba Kepada Polis

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Video 'Kafir' Sudah Diseleweng, Diambil Luar Dari Konteks Sebenar - Fadhlina

3

Pendidikan 6 bulan yang lalu

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

4

Pendidikan 6 bulan yang lalu

Kantin Sekolah Dibuka Untuk Pelajar Bukan Islam - Fadhlina

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia