web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pelajar OKU Dibuli, KPM Lancar Siasatan - Fadhlina

Pendidikan Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2023 2:42PM

Fadhlina Sidek - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh berkenaan aduan seorang pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) yang dibuli oleh gurunya di sekolah.

Menterinya Fadhlina Sidek berkata semua pihak termasuk sekolah yang terlibat sudah dikenal pasti dan pelbagai pihak dilibatkan untuk memastikan isu itu dilihat secara menyeluruh. 

“Insya-Allah kami akan tangani mengikut proses kerja… setakat ini kes dalam siasatan dan kami akan pastikan proses itu berlangsung dengan baik,” katanya kepada media selepas majlis pelancaran Laporan Tahunan 2022 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 KPM, di sini hari ini. 

Semalam media tempatan melaporkan, seorang pelajar perempuan OKU di bawah Program Pendidikan Khas Integrasi di sebuah sekolah didakwa sering dibuli seorang guru wanita sehingga mengalami trauma. 

Pada masa yang sama, Fadhlina meminta orang ramai untuk menggunakan semua saluran yang disediakan seperti Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA) dan platform media sosial kementerian untuk membuat aduan berkenaan kes buli atau aduan umum lain.

Seorang pelajar perempuan OKU di bawah Program Pendidikan Khas Integrasi didakwa sering dibuli seorang guru wanita sehingga mengalami trauma - gambar hiasan
Seorang pelajar perempuan OKU di bawah Program Pendidikan Khas Integrasi didakwa sering dibuli seorang guru wanita sehingga mengalami trauma - gambar hiasan

“Kami nak jemput masyarakat untuk menggunakan saluran yang betul supaya kami dapat tangani semua isu dengan lebih efisien dan efektif berdasarkan proses dan alur kerja kita,” katanya.

Dalam pada itu, mengenai rungutan ibu bapa bahawa silibus ketika ini dilihat susah dikuasai para murid, Fadhlina berkata KPM melihat isu itu dengan serius.

“Untuk itu, sesi libat urus berkenaan kurikulum sekolah akan diadakan melibatkan semua pihak sebagai persediaan bagi penukaran silibus baharu yang biasanya dibuat setiap 10 tahun sekali dan silibus baharu seterusnya akan dilaksanakan pada 2027,” katanya.

Namun katanya, ibu bapa harus diberi pemahaman bahawa soalan-soalan di sekolah hanya melibatkan lima peratus soalan yang memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi. 

“Kita kena adil kerana ada anak-anak yang mempunyai kemahiran sedikit tinggi berbanding rakan-rakan lain, jadi lima peratus soalan itu untuk anak-anak yang mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi ini manakala soalan yang lain itu boleh mereka kuasai mengikut peringkat umur mereka,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Belum Ada Perkembangan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan – Peguam

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kertas Siasatan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan Dirujuk Ke AGC

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Keluarga Pelajar Sabah Di Asia Barat Diminta Bertenang

4

Kisah Kita 2 bulan yang lalu

Butik TAPAi Ketengah Produk Batik Buatan OKU

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Dalam Kebakaran

Sukan 1 hari yang lalu

Selangor Mara Ke Separuh Akhir Piala FA Selepas Tempuh Aksi Dramatik

Semasa 23 jam yang lalu

Bekas Mufti Pulau Pinang, Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Penerima Tokoh Maal Hijrah 

Semasa 1 hari yang lalu

Eksport Halal Negara Cecah RM54 Bilion Tahun Lepas