web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


UTP Kekal Kedudukan Sebagai Universiti Kejuruteraan Terbaik Malaysia

Pendidikan Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2023 4:47PM

gambar FB UTP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) sekali lagi menunjukkan komitmennya terhadap kecemerlangan akademik dan inovasi apabila meraih kedudukan ke-69 dalam edisi terbaru Quacquarelli Symonds (QS) Asia University Rankings.

UTP adalah antara 857 universiti yang dinilai dan pengiktirafan itu meletakkannya dalam kelompok lapan peratus institusi terbaik di Asia dan ke-16 di rantau ASEAN.

Diiktiraf secara konsisten dalam penilaian Times Higher Education (THE) dan QS Rankings, UTP mengukuhkan statusnya sebagai universiti swasta terbaik di Malaysia dan ASEAN, menegapkan pengaruh dan kecemerlangannya dalam landskap akademik serantau.

Naib Canselor UTP, Prof Datuk Ts Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib berkata, penempatan UTP dalam QS Asia University Rankings menunjukkan dedikasi berterusan universiti terhadap kecemerlangan akademik dan amalan inovatif.

"Pengiktirafan ini mengesahkan komitmen kami bagi menyampaikan pendidikan bertaraf dunia dan memupuk persekitaran yang kondusif untuk penyelidikan dan pembangunan canggih.

“Kami amat berterima kasih atas sokongan berterusan daripada PETRONAS dan pihak berkepentingan kami. Pencapaian ini juga bukti dedikasi kolektif kami dalam menyediakan pendidikan kejuruteraan, sains dan teknologi bertaraf dunia serta mengukuhkan misi kami untuk mewujudkan persekitaran yang memupuk pertumbuhan intelektual dan daya saing global,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamed Ibrahim juga berkata, UTP komited untuk menyokong inisiatif kemampanan PETRONAS untuk mencapai pelepasan bersih sifar karbon menjelang 2050. 

“Melalui pendidikan, penyelidikan dan inovasi, UTP kekal teguh dalam menyumbang kepada matlamat kemampanan penting ini,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 10 bulan yang lalu

Malaysia Bukan Condong Kepada China, Namun Memang Dekat Secara Geografi - PM

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Malaysia Kekal Di Tangga Ketujuh Walau Raih 6 Emas

3

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Amazon Atasi Apple Sebagai Jenama Paling Bernilai Walaupun Rugi AS$51 Bilion

4

Budaya 2 tahun yang lalu

Buat Julung Kali, DFP Tampilkan Konsert Kebudayaan Bersama UTP

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Bayi Lelaki Ditinggalkan Berhampiran Pantai Paka